Berita Berita
Gunaraj sokong pendirian PM, tegas isu rumah ibadat mesti ikut undang-undang
KUALA LUMPUR 13 Feb – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sentosa, Gunaraj George merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim atas pendirian tegas bahawa tiada mana-mana pihak berhak mengambil undang-undang di tangan sendiri, khususnya dalam isu melibatkan rumah ibadat.
Menurut beliau, penegasan Perdana Menteri bahawa negara ini mesti berasaskan peraturan dan undang-undang, bukan atas kehendak atau tindakan mana-mana individu, merupakan peringatan penting agar semua pihak menghormati proses perundangan serta institusi yang sah.
Dalam kenyataan medianya, Gunaraj berkata isu berkaitan rumah ibadat perlu ditangani melalui sistem dan mekanisme sedia ada yang telah diwujudkan kerajaan, termasuk Jawatankuasa Lembaga Pengurusan Isu Rumah Ibadat (LIMAS).
Beliau menjelaskan kementerian berkaitan dan kerajaan negeri mempunyai saluran rasmi untuk menyelaras, menasihati serta memastikan pematuhan terhadap garis panduan perancangan dan keperluan undang-undang.
“Segala isu dan kebimbangan hendaklah disalurkan melalui saluran rasmi ini dan bukannya melalui tindakan unilateral yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat,” katanya.
Pada masa sama, beliau turut menyeru pihak berkuasa mempercepatkan proses kelulusan bagi permohonan yang masih tertangguh bagi mengelakkan salah faham serta ketegangan yang tidak perlu.
Katanya, aspek kecekapan, ketelusan dan komunikasi yang jelas amat penting supaya setiap isu dapat ditangani secara profesional dan adil.
Gunaraj turut menggesa semua agensi kerajaan berkaitan memberikan kerjasama penuh serta membantu pemohon memenuhi syarat ditetapkan.
Menurutnya, pendekatan yang tersusun, bersepadu dan berorientasikan penyelesaian akan memperkukuh keyakinan rakyat bahawa negara ini ditadbir berlandaskan kedaulatan undang-undang serta semangat hormat-menghormati antara kaum dan agama.
Berita berkaitan
February 13, 2026, 8:27 pm
UKM jelaskan isu penamatan kontrak lebih 20 staf
February 13, 2026, 8:21 pm
KSN ketuai jawatankuasa khas siasat dakwaan babit Azam Baki
February 13, 2026, 8:16 pm
Bersekutu Bersatu Johor bubar, bantah pemecatan Hamzah
February 13, 2026, 8:04 pm
Muhyiddin panggil mesyuarat khas MPT Bersatu esok
February 13, 2026, 7:11 pm
Ketua Polis KL dedah punca sebenar Lembah Klang sesak teruk sejak awal bulan
February 13, 2026, 7:01 pm
Isu ceroboh tanah: Pemilik tanah tak boleh ambil tindakan sendiri - Amirudin
February 13, 2026, 6:13 pm
Wan Ahmad Fayhsal turut dipecat keahlian BERSATU
February 13, 2026, 5:58 pm
