Berita Berita
KSN ketuai jawatankuasa khas siasat dakwaan babit Azam Baki
KUALA LUMPUR 13 Feb – Ketua Setiausaha Negara, Shamsul Azri Abu Bakar akan mengetuai jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan melibatkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki.
Penubuhan jawatankuasa itu diputuskan dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi tadi.
Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, hasil siasatan berkenaan akan dibentangkan semula kepada Jemaah Menteri untuk tindakan lanjut.
“Jemaah Menteri telah memutuskan supaya satu jawatankuasa khas yang diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara menyiasat dakwaan dan perkara yang dibangkitkan berkaitan Ketua Pesuruhjaya SPRM.
“Selepas siasatan selesai, hasilnya akan dimaklumkan kepada Jemaah Menteri untuk sebarang tindakan susulan. Ini bagi memastikan ketelusan dan integriti proses siasatan,” katanya pada sidang media pasca mesyuarat Kabinet hari ini.
Beliau yang juga Menteri Komunikasi menjelaskan, gesaan beberapa Ahli Parlimen PKR supaya Azam digantung tugas tidak dibincangkan dalam mesyuarat tersebut.
“Apa yang diputuskan ialah penubuhan jawatankuasa khas dipengerusikan KSN untuk menjalankan siasatan. Perkara ini diserahkan sepenuhnya kepada jawatankuasa berkenaan,” katanya.
Sebelum ini, Bloomberg melaporkan Azam didakwa memiliki jutaan saham dalam sebuah syarikat perkhidmatan kewangan berdasarkan pemfailan korporat.
Bagaimanapun, Azam menegaskan pegangan saham bernilai kira-kira RM800,000 itu dibuat secara telus dan mengikut prosedur, malah telah diisytiharkan serta dilupuskan dalam tahun yang sama.
Beliau turut menyatakan kesediaan untuk disiasat bagi memastikan isu tersebut diperjelaskan secara menyeluruh.
Berita berkaitan
February 13, 2026, 8:27 pm
UKM jelaskan isu penamatan kontrak lebih 20 staf
February 13, 2026, 8:16 pm
Bersekutu Bersatu Johor bubar, bantah pemecatan Hamzah
February 13, 2026, 8:04 pm
Muhyiddin panggil mesyuarat khas MPT Bersatu esok
February 13, 2026, 7:11 pm
Ketua Polis KL dedah punca sebenar Lembah Klang sesak teruk sejak awal bulan
February 13, 2026, 7:01 pm
Isu ceroboh tanah: Pemilik tanah tak boleh ambil tindakan sendiri - Amirudin
February 13, 2026, 6:13 pm
Wan Ahmad Fayhsal turut dipecat keahlian BERSATU
February 13, 2026, 5:58 pm
Hamzah Zainuddin dipecat keahlian BERSATU berkuat kuasa serta-merta
February 13, 2026, 5:24 pm
