TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

UKM jelaskan isu penamatan kontrak lebih 20 staf

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 13 Feb – Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengambil maklum penyebaran kandungan di media berhubung dakwaan pemecatan dan penamatan kontrak lebih 20 kakitangannya seperti dilaporkan sebelum ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, universiti berkenaan memaklumkan bahawa sebarang keputusan berkaitan pelantikan, penyambungan atau penamatan kontrak dibuat mengikut peruntukan undang-undang, kuasa statutori serta proses pentadbiran yang ditetapkan.

Menurut UKM, pihaknya sentiasa mematuhi peraturan dan garis panduan pelantikan staf yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA).

“Setiap keputusan yang dibuat adalah berdasarkan prosedur pelantikan kakitangan awam serta proses pusingan kerja melalui pertimbangan profesional dan menyeluruh, selaras dengan keperluan serta kelestarian organisasi untuk jangka masa panjang,” menurut kenyataan itu.

Universiti berkenaan menegaskan akan terus memberi tumpuan kepada tanggungjawab dan mandatnya sebagai salah sebuah institusi pendidikan tinggi awam di negara ini.

+ - reset