Berita Berita
Muhyiddin panggil mesyuarat khas MPT Bersatu esok
KUALA LUMPUR 13 Dis – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Muhyiddin Yassin dijadual mengadakan Mesyuarat Khas Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) di kediamannya di Bukit Damansara, pagi esok.
Berdasarkan surat jemputan yang dipanjangkan kepada MalaysiaGazette, mesyuarat itu akan menghimpunkan kepimpinan tertinggi parti bagi membincangkan perkembangan semasa serta hala tuju Bersatu.
Notis rasmi yang dikeluarkan Setiausaha Agung Bersatu, Mohamed Azmin Ali memaklumkan kehadiran semua ahli MPT adalah penting bagi memastikan perbincangan dapat dilaksanakan secara menyeluruh.
“Adalah dimaklumkan, Mesyuarat Khas Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu akan diadakan pada 14 Februari 2026 (Sabtu) jam 10.00 pagi di kediaman Presiden, Bukit Damansara,” menurut notis berkenaan.
Mesyuarat dijadual bermula pada jam 10 pagi dengan agenda penuh telah diedarkan kepada semua ahli MPT sebagai persediaan awal.
Difahamkan, antara perkara utama yang akan dibincangkan termasuk penerangan oleh Muhyiddin berhubung situasi politik parti ketika ini, susulan perhatian yang semakin tertumpu terhadap Bersatu.
Pengumuman mesyuarat khas itu dibuat ketika parti berdepan tekanan susulan beberapa perkembangan dalaman yang mendapat liputan meluas kebelakangan ini.
Kontroversi tercetus apabila Lembaga Disiplin Bersatu memutuskan untuk memecat Timbalan Presiden, Hamzah Zainudin bersama beberapa pemimpin lain berkuat kuasa hari ini.
Turut dikenakan tindakan ialah Ahli MPT, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal; Ahli Parlimen Gerik, Fathul Huzir Ayob; Ahli Parlimen Padang Rengas, Azahari Hasan; Ketua Bahagian Bersatu Larut, Mohd Hassundi Hamzah serta Setiausaha Bersatu Sabah, Yunus Nurdin.
Bersatu memaklumkan pemecatan Hamzah dibuat mengikut Fasal 22.5 kerana didakwa melanggar Fasal 9.1.4 Perlembagaan parti, berkuat kuasa serta-merta.
Berita berkaitan
February 13, 2026, 8:27 pm
UKM jelaskan isu penamatan kontrak lebih 20 staf
February 13, 2026, 8:21 pm
KSN ketuai jawatankuasa khas siasat dakwaan babit Azam Baki
February 13, 2026, 8:16 pm
Bersekutu Bersatu Johor bubar, bantah pemecatan Hamzah
February 13, 2026, 7:11 pm
Ketua Polis KL dedah punca sebenar Lembah Klang sesak teruk sejak awal bulan
February 13, 2026, 7:01 pm
Isu ceroboh tanah: Pemilik tanah tak boleh ambil tindakan sendiri - Amirudin
February 13, 2026, 6:13 pm
Wan Ahmad Fayhsal turut dipecat keahlian BERSATU
February 13, 2026, 5:58 pm
Hamzah Zainuddin dipecat keahlian BERSATU berkuat kuasa serta-merta
February 13, 2026, 5:24 pm
