Berita Berita
Lima sekeluarga maut: Suspek hilang kawalan dipercayai bunuh isteri, ibu kandung, dua anak sebelum ambil nyawa sendiri
KUANTAN 17 Feb – Tragedi menyayat hati menggemparkan penduduk Taman Cerating Damai di sini apabila lima sekeluarga ditemukan maut dalam sebuah rumah pada pagi Selasa, dipercayai akibat tindakan seorang lelaki yang hilang kawalan.
Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, suspek berusia 32 tahun dipercayai mencederakan isteri, ibu kandung serta dua anak perempuannya hingga maut sebelum dia turut mencederakan diri sendiri dan ditemui meninggal dunia di lokasi kejadian.
Mangsa terdiri daripada seorang wanita berusia 55 tahun, menantu berusia 28 tahun serta dua cucu perempuan masing-masing berusia tiga dan empat tahun.
Ketua Polis Pahang, Yahaya Othman berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai insiden itu daripada seorang remaja lelaki berusia 15 tahun yang juga ahli keluarga dan tinggal di rumah berkenaan.
Menurut beliau, ketika kejadian terdapat enam individu berada di kediaman itu, namun remaja terbabit tidak mengalami kecederaan selepas menyedari berlaku kekecohan.
“Hasil pemeriksaan di lokasi mendapati suspek bersama isterinya dan dua kanak-kanak ditemui dalam sebuah bilik, manakala ibu suspek dijumpai di bahagian dapur.
"Pemeriksaan awal mendapati terdapat kesan kelar di beberapa bahagian badan setiap mangsa yang dipercayai akibat objek tajam.
“Punca sebenar kematian masih menunggu laporan bedah siasat,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian di sini pada Selasa.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati suspek dipercayai mencederakan isteri, ibu dan dua anaknya sebelum turut mencederakan diri sendiri dan ditemui maut di bilik sama.
Tambahnya, polis turut merampas sebilah pisau yang dipercayai digunakan dalam kejadian tersebut.
Mengulas lanjut, Yahaya berkata, suspek dilaporkan baru berpindah ke rumah keluarganya kira-kira sebulan lalu selepas berhenti kerja di Selangor dan baharu memulakan pekerjaan di daerah ini sejak seminggu lalu.
“Motif kejadian masih dalam siasatan dan kita tidak menolak sebarang kemungkinan termasuk faktor masalah keluarga atau kewangan.
“Semakan awal juga mendapati tiada rekod masalah mental dikesan terhadap lelaki berkenaan,” katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Berita berkaitan
February 17, 2026, 12:32 pm
Pemuda UMNO gesa Azam Baki direhatkan sementara siasatan selesai
February 17, 2026, 12:12 pm
Bergesel Bezza ketika eskot rasmi di Bukit Pasir, MPV polis disaman
February 17, 2026, 12:07 pm
Penunggang LC135 parah langgar lori sampah di Jalan Free School
February 17, 2026, 11:58 am
Suhakam gesa RCI siasat dakwaan terhadap Azam Baki
February 17, 2026, 11:54 am
Anwar seru rakyat fokus perpaduan sempena Tahun Baharu Cina
February 17, 2026, 11:18 am
Lima sekeluarga ditemui mati dipercayai dibunuh dalam rumah di Kuantan
February 16, 2026, 8:03 pm
Lelaki obesiti 150kg dibantu bomba turun dari rumah di Batu Uban
February 16, 2026, 7:54 pm
