TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Doktor, suami mengaku tidak bersalah eksploitasi kerja paksa pembantu rumah Indonesia

By
|
Kongsi
image

KLANG 3 Mac – Seorang doktor dan suaminya yang juga pembantu perubatan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memperdagangkan dan mengeksploitasi seorang pembantu rumah warga Indonesia bagi tujuan kerja paksa, tahun lalu.

Siti Hajar C. Ahmad Khalid, 29, dan Muhamad Amir Mirza Kamaruddin, 28, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd. Sabri Ismail.

Mengikut pertuduhan, pasangan suami isteri itu didakwa bersama-sama telah memperdagangkan seorang wanita warga Indonesia berusia 42 tahun bagi maksud eksploitasi kerja paksa di sebuah unit kondominium di Taman Melawati, Ampang pada 18 November 2025.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Timbalan Pendakwa Raya, Norhidayah Abdullah Sani mencadangkan agar tiada jaminan diberikan selaras di bawah Akta 670 yang tidak memperuntukkan jaminan.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan jaminan RM15,000 bagi setiap tertuduh dengan pasangan itu turut diperintahkan melaporkan diri ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang setiap bulan.

Mahkamah menetapkan 13 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula kes. 

+ - reset