TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

'Di negeri lain juga tiada rekod dan maklumat' - MUIP sahkan tiada rekod pelajar pijak al-Quran masuk Islam 

By
|
Kongsi
image

 

KUANTAN 3 Mac - Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) mengesahkan tiada rekod pendaftaran menunjukkan pelajar institusi pengajian tinggi yang didakwa menghina Islam dan membuat penghantaran jelik melampau di media sosial pernah memeluk Islam di negeri ini.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitulmal dan Operasi) MUIP, Dr Asmadi Abdul Rahman berkata, hasil semakan dalam pangkalan data mendapati pelajar lelaki berusia 21 tahun itu tidak berdaftar sebagai mualaf di Pahang.

Beliau berkata, pihaknya turut mendapatkan maklumat daripada pihak berkuasa agama di beberapa negeri lain bagi mengesahkan dakwaan berkenaan.

"Kita sudah membuat semakan di Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan tetapi tidak mempunyai maklumat mengenai dakwaan pelajar berkenaan memeluk Islam di negeri berkenaan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Asmadi yang juga Ketua Pendaftar Mualaf Pahang berkata, pihaknya sudah menghubungi pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung bagi mendapatkan maklumat lanjut dan penjelasan berhubung dakwaan itu.

Bagaimanapun, katanya, setakat ini tiada sebarang maklum balas diterima.

"Di Pahang, setiap individu yang memeluk Islam perlu mengikuti kursus intensif selama tiga hari dan akan dibimbing seorang mualaf senior terutama untuk menunaikan solat," katanya.

Terdahulu, menerusi hantaran di Facebook semalam, Firdaus mendakwa penuntut lelaki yang tular kerana memijak al-Quran di Pahang merupakan seorang mualaf dan memeluk Islam pada 20 April tahun lalu.

+ - reset