TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Bakal pengantin didenda RM2,000 gara-gara simpan gambar lucah dalam telefon bimbit

By
|
Kongsi
image

MELAKA 3 Mac - Seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini pada Selasa atas pertuduhan menyimpan beberapa keping gambar lucah di dalam telefon bimbitnya tahun lalu.

Tertuduh, Muhammad Nurhakim Ridzuan Shah, 27, yang juga pekerja bebas membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Uthman Abd Ghani sebaik sahaja pertuduhan dibacakan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati menyimpan beberapa gambar terbabit pada 3 Ogos 2025 sekitar jam 3.15 petang di Pejabat Pegawai Penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah dalam daerah Melaka Tengah.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Syauqi Mardia Baharudin, memohon hukuman yang setimpal sebagai pengajaran terhadap tertuduh dan masyarakat.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu agar hukuman ringan dikenakan kerana ia merupakan kesalahan pertama, selain bakal mendirikan rumah tangga serta menanggung adik.

Mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM2,000 atau dua bulan penjara jika gagal membayarnya.

Mengikut fakta kes, seorang lelaki membuat laporan polis terhadap tertuduh yang didakwa memaparkan kenderaan miliknya di Facebook milik tertuduh berserta kata-kata berunsur fitnah dan memalukan.

Susulan itu, pada 3 Ogos 2025, telefon bimbit milik tertuduh dirampas bagi membantu siasatan sebelum analisis forensik mendapati terdapat imej lucah dalam peranti terbabit.

+ - reset