Berita Berita
'Biasanya pemimpin negeri diberi kelonggaran' - Aminuddin mengaku kereta rasmi dinaikinya langgar lampu merah, perlu tiba tepat pada masa
SEREMBAN 4 Mac – Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun mengakui terdapat keadaan tertentu yang memerlukan pemandunya melanggar lampu isyarat merah bagi memastikan beliau tiba tepat pada masanya ke acara rasmi.
Menurutnya, jadual harian yang padat dengan pelbagai program dalam sehari menyebabkan pergerakan perlu disegerakan.
“Saya akui kadangkala terpaksa melanggar lampu merah kerana perlu cepat sampai dan terdapat beberapa acara rasmi yang dirancang dalam sehari.
“Boleh tengok di Facebook saya, berapa program yang saya hadir dalam sehari,” katanya kepada media selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan EXCO di Wisma Negeri, hari ini.
Beliau mengulas video tular di media sosial yang memaparkan kenderaan rasmi Menteri Besar dipercayai melanggar lampu isyarat merah di bandar ini, disertakan keterangan mempersoalkan tindakan berkenaan serta penggunaan siren polis.
Aminuddin menjelaskan, terdapat seorang pegawai polis berada dalam kenderaan tersebut ketika kejadian.
Katanya, pejabatnya juga sudah mengemukakan surat kepada pihak berkuasa berkaitan bagi mendapatkan kelulusan yang diperlukan.
“Kita terpaksa langgar (lampu isyarat merah), tetapi dalam keadaan berhati-hati dan menggunakan isyarat yang cukup kerana hendak segera sampai ke lokasi.
“Saya minta maaf, kalau tidak saya pun tak berani langgar. Biasanya pemimpin negeri diberi kelonggaran untuk hal atau perkara tertentu,” katanya.
Berita berkaitan
March 4, 2026, 7:03 pm
12.5 juta rakyat terima manfaat SARA, perbelanjaan cecah RM1 bilion dalam dalam tiga minggu
March 4, 2026, 6:34 pm
Tengku Zafrul dilantik Penasihat Kanan Politik Perdana Menteri berkuat kuasa hari ini
March 4, 2026, 3:46 pm
Ops terjah kuil Hindu: 'Jangan buat huru-hara, hentikan provokasi' - Steven Sim
March 4, 2026, 2:58 pm
Ops Middleman: SPRM sita aset RM7.7 juta, beku akaun
March 4, 2026, 2:23 pm
29,000 rakyat Malaysia terjejas di Timur Tengah, paling ramai di UAE
March 4, 2026, 1:42 pm
Seorang anak Tun Daim hubungi SPRM bantu siasatan Op Godfather
March 4, 2026, 1:17 pm
