Berita Berita
Isu penyelewengan RM1.11 bilion: Rafizi Ramli bidas tindakan Sprm, dakwa Ismail Sabri turut terlibat
KUALA LUMPUR 5 Mac – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli menyuarakan kritikan keras terhadap tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan dakwaan penyelewengan dana berjumlah RM1.11 bilion yang melibatkan seorang menteri kanan.
Reaksi tersebut menyusul selepas pihak SPRM mengeluarkan Notis Mengesan Individu/Saksi terhadap James Chai, yang merupakan bekas pembantu beliau, bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Rafizi menegaskan bahawa fokus siasatan SPRM sepatutnya menjurus kepada peranan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri dalam isu tersebut. Beliau mendakwa bahawa segala urusan berkaitan pertemuan dengan syarikat gergasi semikonduktor dari British, Arm Holdings, telah disusun atas permintaan Anwar sendiri.
Menerusi hantaran di laman X, Rafizi menjelaskan bahawa Perdana Menteri terlibat secara langsung dalam setiap fasa projek berkenaan, termasuk menghadiri mesyuarat bersama ketua pegawai eksekutif (CEO) serta pemilik ARM.
“Yang pengerusikan mesyuarat jemaah menteri berkali-kali bincang dan luluskan perkara ini pun PMX sendiri. Malah, majlis perasmian usahasama ini juga dilakukan oleh beliau,” jelasnya lagi.
Beliau mempersoalkan mengapa tindakan kini menjurus kepada bekas pembantunya sedangkan keputusan-keputusan besar dalam isu tersebut dibuat di peringkat tertinggi kepimpinan negara.
Berita berkaitan
March 5, 2026, 4:45 pm
Berebut kawasan sekuriti tapak perumahan punca pegaduhan dalam Balai Polis Meru
March 5, 2026, 1:45 pm
Lelaki warga asing ditahan polis bantuan KTMB, disyaki cuba curi kabel landasan di Klang
March 5, 2026, 1:12 pm
Suspek gaduh di Balai Polis Meru milik rekod jenayah cubaan bunuh, dikehendaki bawah Poca
March 5, 2026, 1:02 pm
Isu penyatuan parti Melayu: Wan Saiful dakwa Muhyiddin Yassin jadi penghalang permuafakatan
March 5, 2026, 12:31 pm
Nahas Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak: Seorang warga Iraq maut, tiga warga Yemen cedera ringan
March 5, 2026, 12:20 pm
