TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Kerajaan sambung lesen operasi Lynas 10 tahun lagi, Akmal Saleh tanya 'khabar' pihak berdemo menentang dulu

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 5 Mac – Pembaharuan lesen operasi Lynas Rare Earths Ltd oleh kerajaan mendapat reaksi Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh yang bertanya mengenai pendirian pihak yang pernah menentang operasi syarikat itu sebelum ini.

Dalam hantaran di Facebook semalam, Akmal menyambut baik keputusan kerajaan melanjutkan lesen operasi Lynas selama 10 tahun lagi, namun turut menyindir pihak yang dahulunya mengecam kerajaan Barisan Nasional (BN) berhubung kewujudan kilang tersebut.

“Alhamdulillah lesen operasi Lynas dilanjut 10 tahun lagi oleh kerajaan Malaysia yang ditadbir oleh mereka yang dahulunya menolak dan memfitnah kerajaan BN tentang bahaya kilang Lynas ini.

“Rupanya Lynas ini bukan boleh menjadikan seseorang itu cacat, tetapi kesan Lynas boleh menjadikan seseorang itu menteri rupanya.

“Apa khabar semua yang berdemo anti Lynas dulu ya.

“Mereka dah jadi menteri, anda bagaimana?” katanya.

Semalam, media melaporkan lesen operasi Lynas di Malaysia diperbaharui oleh kerajaan untuk tempoh 10 tahun lagi bermula hari ini.

Syarikat itu menerima surat daripada Jabatan Tenaga Atom Malaysia berhubung pembaharuan tersebut, manakala lesen rasmi dijangka dikeluarkan oleh pihak pengawal selia dalam masa terdekat.

+ - reset