Berita Berita
Banjir kilat di KM287 Lebuh Raya Plus: Trafik arah selatan terhalang, Nilai mula dinaiki air
NILAI 5 Mac – Hujan lebat berterusan sejak lewat petang tadi mencetuskan kejadian banjir kilat di Kilometer 287 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS), berhampiran Hentian Sebelah Nilai, malam ini.
Bencana yang bermula kira-kira jam 7 malam itu menyebabkan gangguan trafik yang teruk di laluan antara Putra Mahkota dan Bandar Baru Nilai, terutamanya ketika waktu puncak. Beberapa klip video yang tular di media sosial memaparkan limpahan air di permukaan jalan sehingga menyukarkan kenderaan untuk melaluinya.
Pihak PLUS menerusi satu kenyataan di platform dalam talian memaklumkan bahawa semua laluan ke arah selatan kini terhalang sepenuhnya akibat kejadian tersebut.
"Bagi laluan menghala ke utara, lorong kiri dan lorong kecemasan turut terhalang. Kami menasihatkan semua pengguna lebuh raya supaya mengambil langkah berjaga-jaga dan mematuhi arahan petugas di lokasi," jelas kenyataan itu.
Selain di lebuh raya, tinjauan awal mendapati beberapa kawasan di sekitar Pekan Nilai turut dilaporkan mula dinaiki air berikutan taburan hujan yang tinggi sejak jam 6.30 petang.
Orang ramai dinasihatkan supaya merancang perjalanan dan mengelakkan laluan yang terjejas bagi mengelakkan terperangkap dalam kesesakan panjang.
Berita berkaitan
March 5, 2026, 9:03 pm
Hampir muktamad sertai Parti Keluarga Malaysia, Hamzah Zainuddin akui dirisik pelbagai pihak
March 5, 2026, 8:25 pm
Kes gaduh dalam balai: KP Selangor beri amaran jangan cabar institusi kepolisan
March 5, 2026, 4:45 pm
Berebut kawasan sekuriti tapak perumahan punca pegaduhan dalam Balai Polis Meru
March 5, 2026, 1:45 pm
Lelaki warga asing ditahan polis bantuan KTMB, disyaki cuba curi kabel landasan di Klang
March 5, 2026, 1:12 pm
Suspek gaduh di Balai Polis Meru milik rekod jenayah cubaan bunuh, dikehendaki bawah Poca
March 5, 2026, 1:02 pm
