Berita Berita
Isu audit UKM: KPT serah siasatan sepenuhnya kepada pihak berkuasa, tindak tegas jika ada penyelewengan
PUTRAJAYA 5 Mac – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menegaskan bahawa sebarang tindakan susulan berhubung penemuan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) yang membabitkan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akan diputuskan berdasarkan hasil siasatan pihak berkuasa.
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir memaklumkan, pihaknya kini sedang meneliti sama ada teguran tersebut hanya melibatkan isu teknikal tadbir urus atau pun kesalahan serius yang memerlukan tindakan undang-undang. Tegas beliau, kementerian menyerahkan sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menjalankan penilaian lanjut.
"Setiap laporan audit akan diperincikan di peringkat kementerian sebelum arahan diberikan kepada institusi terlibat. Sekiranya ia hanya melibatkan penambahbaikan tadbir urus, langkah itu akan dilaksanakan segera berdasarkan syor yang diberikan," katanya dalam sidang media selepas Program Perhimpunan Bulanan dan Majlis Iftar KPT di sini, hari ini.
Bagaimanapun, Zambry memberi amaran bahawa tindakan tegas mengikut prosedur sedia ada akan diambil sekiranya didapati wujud pelanggaran serius dalam pengurusan universiti berkenaan.
Terdahulu, media melaporkan SPRM telah membuka dua kertas siasatan berkaitan LKAN yang melibatkan UKM. Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki menjelaskan bahawa fokus siasatan merangkumi isu pengambilan pelajar serta dakwaan tuntutan palsu. Setakat ini, pihak SPRM telah mendapat kerjasama penuh daripada UKM namun belum memanggil mana-mana saksi untuk memberi keterangan.
Zambry turut menegaskan bahawa semua institusi di bawah kementeriannya wajib mematuhi garis panduan dan peraturan yang telah ditetapkan bagi memastikan integriti pengurusan pendidikan tinggi negara sentiasa terpelihara.
Berita berkaitan
March 5, 2026, 9:12 pm
Banjir kilat di KM287 Lebuh Raya Plus: Trafik arah selatan terhalang, Nilai mula dinaiki air
March 5, 2026, 9:03 pm
Hampir muktamad sertai Parti Keluarga Malaysia, Hamzah Zainuddin akui dirisik pelbagai pihak
March 5, 2026, 8:25 pm
Kes gaduh dalam balai: KP Selangor beri amaran jangan cabar institusi kepolisan
March 5, 2026, 4:45 pm
Berebut kawasan sekuriti tapak perumahan punca pegaduhan dalam Balai Polis Meru
March 5, 2026, 1:45 pm
Lelaki warga asing ditahan polis bantuan KTMB, disyaki cuba curi kabel landasan di Klang
March 5, 2026, 1:12 pm
Suspek gaduh di Balai Polis Meru milik rekod jenayah cubaan bunuh, dikehendaki bawah Poca
March 5, 2026, 1:02 pm
