Berita Berita
Malaysia catat RM426.7 bilion pada 2025, lonjakan 11 peratus
Oleh AZRUL RADI
KUALA LUMPUR 6 Mac – Malaysia melakar sejarah baharu dalam landskap ekonomi apabila mencatatkan nilai pelaburan diluluskan tertinggi mencecah RM426.7 bilion bagi tahun 2025, sekali gus mencerminkan keyakinan tinggi komuniti pelabur terhadap kestabilan negara.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa pencapaian luar biasa itu menunjukkan peningkatan sebanyak 11 peratus berbanding tahun sebelumnya. Sebanyak 8,390 projek pelaburan telah diluluskan sepanjang tahun lalu yang dijangka mampu menjana kira-kira 244,902 peluang pekerjaan baharu kepada rakyat.
Menerusi hantaran di media sosial hari ini, beliau mendedahkan bahawa pelaburan domestik kekal sebagai tulang belakang utama dengan sumbangan sebanyak RM219.6 bilion atau 51.5 peratus daripada keseluruhan nilai pelaburan.
"Pada masa sama, pelaburan asing menunjukkan lonjakan drastik sebanyak 20.9 peratus kepada RM207.1 bilion. Ini membuktikan dasar yang jelas serta hala tuju ekonomi Malaysia berada di landasan yang tepat dan diyakini oleh pelabur antarabangsa," jelas beliau.
Anwar yang juga Menteri Kewangan menegaskan bahawa angka-angka tersebut merupakan hasil kerja keras jentera Kerajaan Madani, khususnya Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) serta Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dalam menarik pelaburan berkualiti ke dalam negara.
Beliau turut memberi penekanan bahawa pencapaian tersebut bukan sekadar angka di atas kertas, sebaliknya mestilah diterjemahkan kepada pemindahan teknologi dan kemakmuran ekonomi yang dapat dirasai secara langsung oleh setiap lapisan masyarakat.
"Ini adalah bukti keyakinan dunia terhadap agenda pembaharuan yang sedang kita laksanakan. Kerajaan akan terus memastikan setiap manfaat daripada pelaburan ini dapat dinikmati oleh rakyat sepenuhnya," tambah beliau lagi.
Berita berkaitan
March 7, 2026, 11:34 pm
Dua pegawai kanan, seorang anggota polis antara enam ditahan kes samun berkumpulan di Gombak
March 7, 2026, 8:51 pm
'Jangan politikkan kes hina al-Quran, beri ruang mahkamah tentukan' – Sivakumar
March 7, 2026, 6:51 pm
Doktor pelatih ditemui maut di asrama hospital di Kuala Krai
March 7, 2026, 5:23 pm
Penguat kuasa MPS dibelasah penjual rokok haram ketika rondaan
March 7, 2026, 1:07 pm
Lelaki Malaysia cipta rekod dunia miliki 42 batang gigi
March 7, 2026, 12:26 pm
Bayaran balik lebihan cukai mula dikreditkan bermula minggu depan
March 7, 2026, 12:06 pm
KJ mahu masuk UMNO semula
March 6, 2026, 9:14 pm
