TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Kerajaan buat rombakan besar pengurusan tertinggi perkhidmatan awam

By
|
Kongsi
image

Oleh AZRUL RADI

PUTRAJAYA 6 Mac – Kerajaan hari ini mengumumkan siri perubahan penempatan dan pelantikan baharu melibatkan enam jawatan Pengurusan Tertinggi Perkhidmatan Awam yang akan berkuat kuasa secara rasmi Isnin depan.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar menjelaskan bahawa langkah tersebut merupakan sebahagian daripada usaha memperkukuh kepimpinan pentadbiran awam, selaras dengan tuntutan reformasi perkhidmatan yang memerlukan kepantasan serta ketangkasan luar biasa.

Antara pelantikan utama yang mencuri tumpuan ialah pelantikan Datuk Amran Ahmad sebagai Ketua Pengarah Kastam yang baharu. Beliau yang sebelum ini berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menggantikan Datuk Anis Rizana Mohd. Zainudin yang bertukar portfolio sebagai Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam.

Rombakan tersebut turut melibatkan perpindahan beberapa individu penting:

  • Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad: Dilantik sebagai KSU Kementerian Kesihatan (sebelum ini KSU MOSTI).

  • Datuk Dr. Nagulendran Kangayatkarasu: Dilantik sebagai KSU Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (sebelum ini KSU KBS).

  • Datuk Rahimi Ismail: Dilantik sebagai KSU Kementerian Belia dan Sukan (sebelum ini Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis).

  • Datuk Noor Azman Abdul Rahman: Dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (sebelum ini Setiausaha Bahagian Sumber Manusia, KKM).

Menurut Shamsul Azri, perkhidmatan awam kini perlu lebih telus dan berintegriti bagi memastikan sektor awam kekal berdaya saing serta relevan dengan peredaran zaman.

"Berlandaskan prinsip #taatsetia, setiap pelantikan ini membawa amanah besar untuk memperkukuh kerjasama antara agensi dan membuktikan kesetiaan tidak berbelah bahagi kepada Raja serta negara dalam merealisasikan visi Malaysia Madani," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

+ - reset