Berita Berita
Zahir hubungan erat Raja dan rakyat: Sultan Ibrahim teruskan tradisi tandatangani kad ucapan Aidilfitri
KUALA LUMPUR 6 Mac – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan meneruskan tradisi murni menandatangani kad ucapan Aidilfitri saban tahun sebagai tanda ingatan tulus ikhlas kepada seluruh rakyat jelata yang bakal menyambut perayaan tersebut tidak lama lagi.
Menurut perkongsian di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini, amalan tersebut merupakan simbol penghargaan peribadi Seri Paduka Baginda terhadap rakyat yang sentiasa dekat di hati baginda.
"Tradisi ini mencerminkan keprihatinan Seri Paduka Baginda terhadap rakyat," jelas kenyataan di laman Facebook berkenaan.
Usaha berterusan baginda dalam mengekalkan tradisi ini bukan sekadar rutin tahunan, malah ia melambangkan hubungan erat yang tidak terpisah antara institusi diraja dan rakyat jelata. Ia juga selaras dengan semangat kekeluargaan yang sentiasa dizahirkan oleh Seri Paduka Baginda dalam setiap aspek pemerintahan.
Melalui pemberian kad ucapan tersebut, Sultan Ibrahim ingin memastikan semangat perpaduan dan kemeriahan sambutan Aidilfitri dapat dirasai oleh semua lapisan masyarakat, sekali gus memperkukuh ikatan antara raja dan negara.
Berita berkaitan
March 6, 2026, 9:14 pm
'Azam Baki perlu letak jawatan segera' - BERSIH
March 6, 2026, 8:34 pm
PKR saman 16 bekas wakil rakyat, tuntut RM10 juta setiap seorang
March 6, 2026, 8:13 pm
Keluarga Tun Daim saman Anwar, KPN dakwaan komplot guling kerajaan
March 6, 2026, 5:33 pm
Ibu remaja pandu Honda Jazz hingga ragut 3 nyawa didenda RM1,500
March 6, 2026, 5:19 pm
Harga RON95 masih terkawal walaupun konflik Asia Barat – Anwar
March 6, 2026, 4:51 pm
Kerajaan buat rombakan besar pengurusan tertinggi perkhidmatan awam
March 6, 2026, 4:43 pm
Polis buru dua suspek samun bersenjata parang di Shah Alam
March 6, 2026, 3:20 pm
