Berita Berita
Gaji penjawat awam diawalkan 13 Mac, bantu persiapan awal sambut Aidilfitri
KUALA LUMPUR 9 Mac – Penjawat awam boleh menarik nafas lega apabila pembayaran gaji bagi bulan Mac diawalkan kepada 13 Mac ini, sekali gus memberi ruang untuk membuat persiapan lebih awal menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Tarikh tersebut hanya kira-kira seminggu sebelum Syawal, sekali gus disambut baik oleh ramai penjawat awam yang menganggap ia membantu mereka menguruskan perbelanjaan bagi persiapan perayaan.
Perkara itu dimaklumkan menerusi surat Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) bertarikh 6 Mac 2026 berhubung kelulusan pengecualian Arahan Perbendaharaan (AP) 105 bagi tarikh pembayaran emolumen untuk bulan Mac dan April tahun ini.
Berdasarkan surat berkenaan, Perbendaharaan Malaysia telah meluluskan permohonan pengecualian bagi membolehkan pembayaran gaji dibuat lebih awal daripada jadual asal.
Menerusi jadual yang disertakan, pembayaran emolumen bagi Mac ditetapkan pada 13 Mac 2026 bersamaan Jumaat, manakala bagi April pula pada 16 April 2026 iaitu Khamis.
Kelulusan itu diberikan dengan merujuk kepada surat Kementerian Kewangan bertarikh 5 Mac 2026 serta Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bilangan 5 Tahun 2025 berkaitan tarikh dan peraturan pembayaran emolumen bagi tahun 2026.
Sementara itu, tinjauan di media sosial mendapati ramai penjawat awam meluahkan rasa syukur dan lega apabila pembayaran gaji bagi bulan Mac diawalkan, sekali gus membantu mereka membuat persiapan awal untuk menyambut Aidilfitri.
Seorang pengguna media sosial, Mohd Saharudin berkata, penjawat awam bagaimanapun perlu berbelanja secara berhemah walaupun gaji diterima lebih awal.
“Alhamdulillah, tahniah semua penjawat awam. Bagaimanapun kena berhemah dalam berbelanja. Masuk cepat, habis pun cepat. Duit tuntutan LHDN pun dah tak lama lagi nak masuk,” katanya.
Seorang lagi pengguna, Muhammad Soleh berkata, keputusan itu sedikit sebanyak membantu penjawat awam yang sedang membuat pelbagai persiapan menjelang Aidilfitri termasuk kos pulang ke kampung.
“Ini baru denyut nadi penjawat awam. Macam tahu-tahu saja kita sedang sesak nak lengkapkan macam-macam untuk raya. Belum kira lagi kos balik kampung, alhamdulillah,” katanya.
Sementara itu, Azriani turut berkongsi rasa syukur apabila gaji diawalkan walaupun mengakui tempoh menunggu gaji bulan berikutnya mungkin menjadi lebih panjang.
“Lepas ini nak tunggu gaji bulan Mei mungkin terasa lama. Apa-apa pun syukur gaji masuk awal. Sekarang pun memang dah ‘kering’,” katanya.
Berita berkaitan
March 9, 2026, 5:23 pm
JKNK siasat sama ada tekanan kerja, buli punca kematian doktor pelatih di HSIP
March 9, 2026, 5:01 pm
Gunaraj gesa polis siasat video individu pijak Trisul, simbol suci agama Hindu
March 9, 2026, 3:38 pm
Kurikulum 2027 buka peluang pelajar arus perdana belajar bahasa isyarat
March 9, 2026, 2:39 pm
Kerajaan mampu kekalkan harga RON95 RM1.99 sekurang-kurangnya dua bulan lagi - Amir Hamzah
March 9, 2026, 2:18 pm
MCMC tiada kuasa arah platform media sosial turunkan hantaran – Teo Nie Ching
March 9, 2026, 1:09 pm
Tarikh lihat anak bulan Syawal ditetapkan 19 Mac, Khamis
March 9, 2026, 11:33 am
Muhyiddin Yassin guna jawatan tarik jutaan ringgit kepada Bersatu - Pendakwaan
March 9, 2026, 11:10 am
