Berita Berita
MCMC tiada kuasa arah platform media sosial turunkan hantaran – Teo Nie Ching
KUALA LUMPUR 9 Mac - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) tidak mempunyai kuasa untuk mengarahkan platform media sosial menurunkan sesuatu hantaran atau menutup akaun pengguna.
Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, setiap aduan yang diterima daripada orang awam akan dinilai terlebih dahulu oleh MCMC sebelum permohonan dibuat kepada penyedia platform untuk tindakan lanjut.
Menurut beliau, permohonan yang dikemukakan kepada penyedia platform itu bukan berbentuk arahan mutlak.
“MCMC apabila menerima aduan daripada orang awam, mereka akan membuat penilaian sendiri dan selepas itu memanjangkan permohonan tersebut kepada penyedia platform, dan itu bukan satu arahan.
“Tidak begitu, kuasanya tidak begitu kuat,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Senator Tiew Way Keng di Dewan Negara di sini hari ini.
Nie Ching berkata, penyedia platform media sosial mempunyai budi bicara untuk menentukan tindakan terhadap kandungan yang dilaporkan.
Katanya, antara tindakan yang boleh diambil termasuk mengekalkan kandungan tersebut, menggantung akaun pengguna untuk tempoh tertentu seperti 72 jam, menutup akaun atau menurunkan hantaran secara kekal.
Beliau turut menasihatkan pihak yang merasakan akaun atau kandungan mereka tidak sepatutnya dikenakan tindakan supaya mengemukakan rayuan kepada MCMC.
Menurutnya, di bawah akta sedia ada, satu tribunal ad-hoc boleh ditubuhkan bagi mendengar rayuan tersebut.
“Tribunal itu akan dipengerusikan oleh seorang hakim mahkamah serta dibantu dua anggota yang dilantik untuk menilai permohonan rayuan berkenaan,” katanya.
Berita berkaitan
March 9, 2026, 5:23 pm
JKNK siasat sama ada tekanan kerja, buli punca kematian doktor pelatih di HSIP
March 9, 2026, 5:01 pm
Gunaraj gesa polis siasat video individu pijak Trisul, simbol suci agama Hindu
March 9, 2026, 3:38 pm
Kurikulum 2027 buka peluang pelajar arus perdana belajar bahasa isyarat
March 9, 2026, 2:39 pm
Kerajaan mampu kekalkan harga RON95 RM1.99 sekurang-kurangnya dua bulan lagi - Amir Hamzah
March 9, 2026, 1:55 pm
Gaji penjawat awam diawalkan 13 Mac, bantu persiapan awal sambut Aidilfitri
March 9, 2026, 1:09 pm
Tarikh lihat anak bulan Syawal ditetapkan 19 Mac, Khamis
March 9, 2026, 11:33 am
Muhyiddin Yassin guna jawatan tarik jutaan ringgit kepada Bersatu - Pendakwaan
March 9, 2026, 11:10 am
