Berita Berita
JKNK siasat sama ada tekanan kerja, buli punca kematian doktor pelatih di HSIP
KOTA BHARU 9 Mac - Satu jawatankuasa akan ditubuhkan bagi menyiasat dan meneliti kes seorang doktor pelatih wanita ditemukan mati di asrama Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) Kuala Krai, kelmarin.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Dr. Mohd. Azman Yacob berkata, ia menjurus kepada punca sebenar kejadian termasuk dari aspek tekanan tempat kerja dan faktor lain yang menyumbang kepada perkara tersebut.
Katanya, JKNK berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan emosi keluarga arwah.
“JKNK berdukacita dengan kejadian berlaku dan saya ada menziarah keluarganya pagi tadi.
“Arwah merupakan doktor pelatih wanita dari Universiti Mansoura, Mesir dan sedang menjalani praktikal,” katanya.
Media semalam melaporkan, seorang doktor pelatih wanita berusia 29 tahun ditemukan mati di bilik asramanya di Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintenden Mazlan Mamat berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada pukul 9.55 pagi selepas pihak hospital membuat laporan berhubung penemuan mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri di bilik berkenaan.-UTUSAN
Berita berkaitan
March 9, 2026, 5:01 pm
Gunaraj gesa polis siasat video individu pijak Trisul, simbol suci agama Hindu
March 9, 2026, 3:38 pm
Kurikulum 2027 buka peluang pelajar arus perdana belajar bahasa isyarat
March 9, 2026, 2:39 pm
Kerajaan mampu kekalkan harga RON95 RM1.99 sekurang-kurangnya dua bulan lagi - Amir Hamzah
March 9, 2026, 2:18 pm
MCMC tiada kuasa arah platform media sosial turunkan hantaran – Teo Nie Ching
March 9, 2026, 1:55 pm
Gaji penjawat awam diawalkan 13 Mac, bantu persiapan awal sambut Aidilfitri
March 9, 2026, 1:09 pm
Tarikh lihat anak bulan Syawal ditetapkan 19 Mac, Khamis
March 9, 2026, 11:33 am
Muhyiddin Yassin guna jawatan tarik jutaan ringgit kepada Bersatu - Pendakwaan
March 9, 2026, 11:10 am
