Berita Berita
'Bekalan petroleum cukup hingga Mei ini' - PM
KUALA LUMPUR 11 Mac - Bekalan produk petroleum negara ketika ini berada pada tahap stabil dan mencukupi untuk menampung keperluan sehingga sekurang-kurangnya Mei tahun depan.
Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, walaupun ketegangan di Asia Barat masih berlarutan, bekalan minyak di Malaysia kekal terkawal dan tidak menjejaskan keperluan domestik.
"Kita dalam keadaan yang sangat membanggakan, Alhamdulillah. Bila kita semak dengan PETRONAS terutamanya, kita dapati bekalan produk petroleum mencukupi sekurang-kurangnya sehingga Mei 2026.
"Ini tentunya berbeza daripada keadaan di kebanyakan negara lain. Sebab itu, saya selalu tekankan mengenai isu tatakelola pengurusan yang cekap, beramanah dan profesional," katanya pada sidang media khas di pejabatnya di Putrajaya, hari ini.
Mengulas lanjut, Anwar berkata kerajaan turut memberi perhatian kepada kebajikan rakyat dengan memastikan harga bahan api bersubsidi terus dikekalkan.
Menurut beliau, kerajaan mengekalkan harga BUDI95 pada paras RM1.99 seliter walaupun harga pasaran semasa jauh lebih tinggi.
"Saya sudah minta Timbalan Perdana Menteri II (Datuk Seri Fadillah Yusof) mempengerusikan jawatankuasa berhubung dengan penguatkuasaan.
"Umpamanya diesel lebih terkawal di Semenanjung, tidak naik di Sabah dan Sarawak. Ini memungkinkan penyeludupan besar-besaran.
"Jadi, saya tugaskan TPM bersama KPDN (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup) untuk memastikan pengawasan lebih teliti dan tindakan yang lebih tegas terhadap kalangan yang cuba mengambil kesempatan dan menyeludup," katanya.
Berita berkaitan
March 17, 2026, 4:12 pm
Cadangan WFH penjawat awam tidak libat sektor pendidikan, kesihatan buat masa ini
March 17, 2026, 3:54 pm
Malaysia sambut baik Intel mula operasi kompleks pembungkusan termaju
March 17, 2026, 3:43 pm
Anggota tentera wanita dipenjara tujuh tahun kes amang seksual anak
March 17, 2026, 3:22 pm
Zamri Vinoth dibebas dengan ikat jamin RM4,500
March 17, 2026, 3:19 pm
DBKL bakal lancar portal digital baharu, percepat kelulusan perniagaan tanpa kerenah birokrasi
March 17, 2026, 3:13 pm
Kerajaan umum diskaun tol 50 peratus sempena Aidilfitri
March 17, 2026, 1:44 pm
Dua maut, seorang parah jatuh ‘skylift’ ketika hujan lebat di Subang Jaya
March 17, 2026, 11:51 am
Mahendra didakwa tohmah masjid sebagai haram di Facebook
March 17, 2026, 11:18 am
