Berita Politik
Pelantikan Hamzah sebagai Ketua Pembangkang pilihan Pas selepas PRU15
KUALA LUMPUR 16 Mac – Pelantikan Datuk Seri Hamzah Zainuddin sebagai Ketua Pembangkang sebelum ini merupakan pilihan Pas selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), bukannya dipilih oleh Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin seperti yang didakwa sesetengah pihak.
Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, pemilihan tersebut dibuat hasil ijtihad Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang serta wala’ (ketaatan) Hamzah kepada Ahli Parlimen Marang itu.
“Saya boleh sahkan bahawa Muhyiddin sendiri terkejut apabila Ayah Chik (Abdul Hadi) menamakan Hamzah dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN). Saya hadir dan menjadi saksi dalam mesyuarat tersebut, mewakili Ketua Pemuda PN yang tidak dapat hadir.
“Begitu juga dengan keputusan mengekalkan jawatan Ketua Pembangkang bagi Ahli Parlimen Larut baru-baru ini. Ia dibuat melalui proses musyawarah oleh kepimpinan dan Ahli Parlimen Pas,” katanya menerusi kenyataan di Facebook pada Isnin.
Sebelum ini, Yang Dipertua Pas Sungai Buloh, Zaharudin Muhammad menyatakan bahawa Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar lebih sesuai dilantik sebagai Ketua Pembangkang berbanding Hamzah Zainuddin.
Menurut menantu kepada Abdul Hadi Awang itu, pelantikan tersebut penting bagi memastikan keselarasan gerak kerja dalam Perikatan Nasional.
Dalam pada itu, Wan Ahmad Fayhsal menegaskan bahawa Hamzah merupakan antara Ahli Parlimen PN yang paling kanan dan berpengalaman di Dewan Rakyat, selain pernah berkhidmat di peringkat Persekutuan sebagai bekas anggota Jemaah Menteri.
Sehubungan itu, beliau menyifatkan pandangan Zaharudin sebagai kurang tepat.
“Fakta yang mungkin ustaz belum tahu, hubungan Hamzah dengan pimpinan Pas, khususnya Ayah Chik, Dr Sam (Ahmad Samsuri Mokhtar) dan Datuk Seri Takiyuddin Hassan adalah amat baik, malah lebih erat berbanding hubungan beliau dengan Muhyiddin.
“Ini bermakna Hamzah tidak akan membuat sebarang keputusan penting tanpa persetujuan Pas, khususnya Ayah Chik dan kepimpinan PN,” ujarnya.
Berita berkaitan
June 15, 2026, 10:05 am
BERSAMA bukan parti 'orang merajuk', 75% ahli tiada kaitan dengan PKR — Rafizi
June 12, 2026, 9:50 am
Bukan sekadar tulang belakang, Wanita UMNO perlu jadi wajah dan suara parti
June 12, 2026, 9:41 am
Tiada keperluan mesyuarat, Pemuda PH-BN tak pernah bersua sejak 2022
June 9, 2026, 3:06 pm
Isu Pas-Bersatu: Tun Faisal bidas Ahmad Fadhli, Afnan Hamimi; selar sikap hipokrit
June 8, 2026, 11:55 pm
PAS putus kerjasama politik dengan BERSATU berkuat kuasa serta-merta
June 8, 2026, 12:23 pm
400 pegawai kanan kerajaan sertai Bersama, umum tanding PRN Melaka Ogos ini - Rafizi
June 8, 2026, 12:00 pm
Onn Hafiz tegas BN Johor bergerak sendiri, tiada kerjasama dengan DAP
June 7, 2026, 11:58 pm
