Berita Politik
MIC belum mohon sertai PN, status dalam BN masih belum diputuskan
KUALA LUMPUR 17 Mac – Malaysian Indian Congress (MIC) menegaskan belum membuat sebarang permohonan rasmi untuk menyertai Perikatan Nasional (PN).
Timbalan Presidennya, M Saravanan berkata, parti itu juga belum memutuskan sama ada akan kekal bersama Barisan Nasional (BN) atau mengambil haluan lain.
"Kami tidak membuat sebarang permohonan rasmi untuk menyertai PN.
"Sama ada kekal dalam BN atau menyertai mana-mana parti lain — keputusan itu masih belum dibuat," katanya.
Terdahulu, Setiausaha Agung PN, Takiyuddin Hassan dilaporkan berkata permohonan kemasukan MIC ke dalam gabungan itu telah diluluskan dalam mesyuarat Sabtu lalu.
Menurut beliau, pihaknya akan menyerahkan surat rasmi kepada Presiden MIC, S A Vigneswaran berhubung kemasukan parti berkenaan.
"Saya sahkan untuk berjumpa dengan Presiden MIC malam ini untuk menyerahkan surat rasmi bahawa mereka diterima sebagai parti anggota PN.
"Kemasukan MIC sudah diluluskan sejak Disember tahun lalu namun pada mesyuarat PN Sabtu lalu, kita mengesahkan secara rasmi kemasukan parti berkenaan menjadikan lima parti anggota setakat ini," katanya.
Berita berkaitan
July 31, 2026, 10:06 am
PH sasar sekurang-kurangnya 19 kerusi pada PRN Negeri Sembilan
July 31, 2026, 9:57 am
Aminuddin gesa calon PH bermunajat, mohon petunjuk jelang hari pengundian PRN
July 29, 2026, 11:15 am
Ramalan pilihan raya tidak bererti, pengundi penentu sebenar PRN Negeri Sembilan - Fahmi Fadzil
July 26, 2026, 4:17 pm
'Amaran Zahid tak dipeduli' – Chong Zhemin dakwa PAS sebenarnya kuasai BN-PN
July 26, 2026, 4:12 pm
Belum ada perbincangan berkaitan PRU – Zahid
July 26, 2026, 9:39 am
PRN Negeri Sembilan: Zahid tepis dakwaan Muhyiddin, yakin keserasian BN-PN kekal utuh
July 25, 2026, 8:39 pm
PRN Negeri Sembilan: RCI Tabung Haji tidak wajar jadi modal kempen
July 25, 2026, 8:36 pm
PRN Negeri Sembilan: Mohamad Hasan jangka PRU lebih awal
July 25, 2026, 3:18 pm
PRN Negeri Sembilan: Zahid yakin manifesto BN mampu pacu ekonomi negeri
July 25, 2026, 3:14 pm
