TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Anwar gesa pintu Masjid Al-Aqsa dibuka segera

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR, 17 Mac - Perdana Menteri, Anwar Ibrahim menggesa pembukaan segera pintu Masjid Al-Aqsa selepas lokasi suci itu ditutup oleh pihak berkuasa Israel ketika umat Islam bersiap menyambut Aidilfitri.

Beliau menyifatkan tindakan tersebut sebagai pencabulan jelas terhadap hak beribadah di salah satu tapak paling suci dalam Islam.

Menurut Anwar, penutupan berkenaan tidak mempunyai asas dari sudut undang-undang, moral mahupun nilai kemanusiaan.

Katanya, tindakan berterusan itu juga merupakan pelanggaran undang-undang antarabangsa serta mencerminkan sikap tidak bertanggungjawab yang semakin berlarutan.

Dalam kenyataan yang dimuat naik di media sosial rasmi beliau, Anwar turut menyeru komuniti antarabangsa, khususnya negara yang mempunyai pengaruh, agar mengambil langkah lebih tegas dan tidak sekadar mengeluarkan kenyataan.

Malaysia, katanya, menuntut agar pintu Masjid Al-Aqsa dibuka semula dengan segera serta menggesa semua kerajaan menggunakan pengaruh masing-masing bagi memastikan perkara itu direalisasikan.

Pada masa sama, beliau menegaskan solidariti Malaysia terhadap rakyat Palestin kekal utuh, khususnya ketika mereka menyambut Aidilfitri dalam keadaan penuh kesukaran.

Beliau turut menyampaikan mesej sokongan kepada umat Islam di Palestin dengan menyatakan bahawa ketabahan dan kesabaran mereka sentiasa mendapat perhatian serta tidak bersendirian.

+ - reset