Berita Santai
Anwar antara lima pemimpin politik pernah membintangi iklan raya
Setiap kali menjelang Hari Raya Aidilfitri, pelbagai iklan raya kreatif akan dihasilkan oleh syarikat dan agensi kerajaan.
Menariknya, bukan sahaja pelakon atau selebriti terlibat, malah beberapa ahli politik Malaysia juga pernah muncul dalam iklan raya.
Berikut merupakan lima ahli politik pernah berlakon atau membuat penampilan dalam iklan raya.
1. Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari
Amirudin Shari merupakan wakil rakyat daripada Pakatan Harapan telah menjawat jawatan ini sejak 19 Jun 2018.
Menampilkan dirinya berbaju raya bertemakan merah gelap, beliau turut sedondon bersama keluarga dan isteri tercinta, Datin Seri Masdiana Muhamad.
Iklan bertajuk Malam Raya Pertama turut menampilkan ahli parlimen, Syed Saddiq.
2. Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq
Syed Saddiq membuat penampilan sulungnya dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) dan telah dipilih ke Parlimen.
Beliau yang merupakan bekas Menteri Belia dan Sukan, turut bersama penyayi Bella Astillah dalam iklan raya tersebut.
Gandingan MB Selangor dan Ahli Parlimen Muar ini memeriahkan iklan raya bertajuk Malam Raya Pertama (2026).
Iklan ini menonjolkan semangat kerjasama dan muafakat dalam menyambut Hari Raya.
Kemunculan kedua-dua figura politik ini memberikan kelainan kepada iklan raya tersebut apabila mereka tampil dalam suasana santai dan penuh kemesraan bersama keluarga.
3. Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail
Filem pendek terbitan khas rumah produski Jaja Ishak Channel bertajuk ‘Doaku Di Akhir Ramadan’ merupakan lakonan Razak Ahmad & Lan Siro.
Filem pendek ini mengisahkan seorang pemimpin atau keluarga yang tidak pernah jemu menyantuni dan mendoakan kebaikan buat anak-anak.
Melalui jalan cerita yang menyentuh hati, filem pendek ini turut menyampaikan mesej tentang kepentingan kasih sayang, pengorbanan serta doa yang berterusan demi kesejahteraan generasi muda.
Penampilan Wan Rosdy dalam karya ini juga memperlihatkan sisi kepimpinan yang dekat dengan rakyat serta menekankan nilai kekeluargaan yang sering dikaitkan dengan kemeriahan bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya.
4. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim
Iklan pendek memaparkan jualan lemang sebelum berakhir dengan penampilan Anwar Ibrahim di hujung video.
Iklan pendek bertajuk Raya-Raya Bersama merupakan kerjasama Jabatan Perdana Menteri serta Kementerian Komunikasi dan Digital.
Iklan tahun 2023 ini menampilkan beliau menyeru rakyat untuk menguatkan kesatuan sebagai rakyat Malaysia.
“Mari kita bangunkan negara, menyelamatkan negara dan memulakan pada diri kita dahulu.
“Kita bersihkan diri dan jiwa kita supaya mengangkat keluarga, masyarakat dan negara sebagai satu kesatuan,” tambahnya lagi.
5. Khairy Jamaludin
Dengan lakonan beliau di iklan pendek Keluar Sekejap bertajuk ‘Peluang’ (2025) membawa tema tentang perkara-perkara yang sering berlaku dalam kehidupan.
Ia turut mengajak untuk melihat hikmah di sebalik musibah serta menjadikannya sebagai peluang untuk diteroka.
Iklan berdurasi sembilan minit ini turut dibintangi ahli politik seperti Shahril Hamdan dan pelakon tambahan lain.
Berita berkaitan
December 30, 2025, 1:28 pm
Rose Blackpink dinobat wanita tercantik dunia
December 10, 2025, 4:28 pm
Coastal Combat 2026 gabungkan Muay Thai, program realiti di Desaru Coast
November 7, 2025, 7:54 pm
The Curve jadi lokasi Burger Festival 2025 hujung minggu ini
July 16, 2025, 3:04 pm
Choco Albab bantu usahawan termasuk hilang pekerjaan, B40
July 11, 2025, 4:46 pm
Karnival Kesenian Islam dan Malam Mahabbah Madani semarak Maal Hijrah di Tambun
May 14, 2025, 12:44 pm
19 muzium dibuka percuma sempena Hari Muzium Antarabangsa
April 25, 2025, 10:52 am
Button & Bows anjur jualan gudang amal bantu mangsa kebakaran di Putra Heights bermula esok
April 9, 2025, 3:47 pm
Penangan 'Walid', Bidaah raih 2.5 bilion jumlah tontonan, kalahkan drama Korea popular
March 13, 2025, 3:06 pm
