TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

KTMB tambah kapasiti tren terbesar sempena Aidilfitri

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 17 Mac - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan melaksanakan penambahan kapasiti perkhidmatan tren secara besar-besaran bagi menampung lonjakan permintaan sempena musim pulang kampung Aidilfitri.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, langkah itu merupakan penambahan perkhidmatan terbesar pernah direkodkan dalam sejarah operasi syarikat berkenaan.

Menurutnya, sebanyak 228 perjalanan tren tambahan akan disediakan sepanjang tempoh 17 hingga 29 Mac 2026, melibatkan 196 perjalanan ETS dan 32 perjalanan EMUPlus.

Beliau berkata, peningkatan tersebut membolehkan jumlah kapasiti tempat duduk mencecah 251,752 berbanding 118,440 pada tahun lalu, sekali gus mencatatkan peningkatan lebih 100 peratus.

Tambahnya, operasi tren juga boleh dioptimumkan sehingga 70 perjalanan sehari sekiranya permintaan terus meningkat.

Katanya, peningkatan kapasiti ini turut disokong oleh penggunaan 10 set tren ETS3 baharu selain tren sedia ada.

Dalam tempoh puncak, perkhidmatan tren dijangka beroperasi hampir 24 jam sehari dengan kekerapan sehingga 64 perjalanan sehari.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya segera mendapatkan baki tiket tambahan yang masih ditawarkan melalui saluran rasmi KTMB.

Terdahulu, Anthony Loke turut turun padang menyantuni penumpang di KL Sentral dengan mengagihkan kira-kira 500 pek Aidilfitri kepada mereka yang dalam perjalanan ke Padang Besar dan Johor Bahru Sentral.

+ - reset