TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Pempengaruh didenda RM2,000 tumbuk pekerja OKU

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR, 17 Mac - Seorang pempengaruh media sosial didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya selepas mengaku bersalah menumbuk seorang pekerja restoran makanan segera yang juga orang kurang upaya (OKU), tahun lalu.

Majistret Amira Sariaty Zainal menjatuhkan hukuman itu terhadap Nalinee Kothandabani, 41, serta memerintahkan hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar denda.

Tertuduh bagaimanapun telah melunaskan bayaran denda tersebut.

Wanita yang juga ibu kepada tiga anak dan bekerja sebagai jurutera teknologi maklumat itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap mangsa, Rani Arumugam, 45.

Kesalahan itu dilakukan dengan menumbuk mangsa di sebuah restoran makanan segera di Serdang Raya, Seri Kembangan kira-kira pukul 4 petang pada 8 Disember 2025.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Syed Ahmed Khabir Abdul Rahman, manakala tertuduh diwakili peguam G Devaneson dengan Lavendran Nair bertindak sebagai peguam pemerhati bagi pihak mangsa.

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad memaklumkan mangsa mengalami lebam pada bahagian pipi kiri serta bibir akibat kejadian tersebut.

+ - reset