Berita Berita
Kerajaan teliti semula mekanisme skim diesel bersubsidi di Sabah Sarawak
PUTRAJAYA, 17 Mac - Kerajaan sedang menilai semula pelaksanaan Skim Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) di Sabah dan Sarawak, sama ada diteruskan seperti sedia ada atau distruktur semula melalui pendekatan baharu.
Jurucakap Kerajaan, Fahmi Fadzil berkata, perkara itu dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri susulan maklum balas jawatankuasa berkaitan penguatkuasaan, khususnya dalam menangani isu penyeludupan bahan api.
Menurutnya, mekanisme sedia ada perlu diperhalusi bagi memastikan pemberian subsidi diesel lebih berkesan serta tidak disalahgunakan.
“Antara perkara yang diberi perhatian ialah keperluan meneliti semula mekanisme SKDS, sama ada dikekalkan atau diganti dengan pendekatan lain yang lebih sesuai,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.
Beliau berkata, mesyuarat turut membincangkan pembahagian peranan antara agensi penguat kuasa bagi memperkukuh kawalan terhadap aktiviti penyeludupan.
Katanya, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup akan mengendalikan penguatkuasaan di kawasan darat, manakala Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia bertanggungjawab di kawasan perairan dan sungai.
Bagi kawasan sempadan pula, ia akan dipantau oleh Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia yang kini masih dalam proses perincian.
Dalam perkembangan sama, Fahmi berkata, jawatankuasa terbabit turut membangkitkan isu penyelewengan dan penjualan diesel bersubsidi yang masih berlaku.
Menurutnya, usaha bersepadu sedang dilaksanakan oleh agensi berkaitan bagi mengekang ketirisan serta memastikan subsidi sampai kepada golongan yang benar-benar layak.
Berita berkaitan
March 17, 2026, 9:04 pm
Pempengaruh didenda RM2,000 tumbuk pekerja OKU
March 17, 2026, 8:38 pm
KTMB tambah kapasiti tren terbesar sempena Aidilfitri
March 17, 2026, 8:25 pm
Tunku Tun Aminah dilantik Pengerusi baharu U Mobile, ganti Vincent Tan
March 17, 2026, 5:53 pm
Polis buru lelaki belasah isteri, langgar kepala guna motosikal hingga cedera
March 17, 2026, 4:54 pm
Lelaki ‘naik minyak’ tetak rakan sekerja selepas ditegur nasi belum masak
March 17, 2026, 4:18 pm
Anwar gesa pintu Masjid Al-Aqsa dibuka segera
March 17, 2026, 4:12 pm
Cadangan WFH penjawat awam tidak libat sektor pendidikan, kesihatan buat masa ini
March 17, 2026, 3:54 pm
Malaysia sambut baik Intel mula operasi kompleks pembungkusan termaju
March 17, 2026, 3:43 pm
