Berita Politik
Che’gu Bard dipecat daripada BERSATU
KUALA LUMPUR 19 Mac – Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia Port Dickson, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Che’gu Bard, dipecat daripada parti berkuat kuasa serta-merta.
Beliau memaklumkan menerima notis pemecatan itu daripada Setiausaha Lembaga Disiplin BERSATU menerusi aplikasi WhatsApp kira-kira pukul 6 petang semalam.
Mengulas keputusan tersebut, Che’gu Bard mendakwa BERSATU tidak lagi memperjuangkan isu rakyat sebaliknya lebih memberi tumpuan kepada kepentingan kelompok tertentu.
Beliau yang dipilih sebagai Ketua BERSATU Port Dickson pada November 2024 turut menegaskan akan terus memperjuangkan nasib rakyat dan memerangi rasuah.
Sebelum menyertai BERSATU pada 2020, Che’gu Bard pernah menjadi ahli Parti Keadilan Rakyat sebelum dipecat pada 2016.
Pada 10 Mac lalu, beliau mendedahkan menerima notis tunjuk sebab daripada Lembaga Disiplin BERSATU berhubung beberapa dakwaan termasuk tuduhan mencemarkan imej parti.
Che’gu Bard diberikan tempoh sehingga Selasa untuk menjawab notis berkenaan, namun memilih untuk tidak berbuat demikian kerana menganggap dakwaan tersebut tidak berasas.
Beliau turut mendakwa keadaan itu menggambarkan parti dikawal sepenuhnya sehingga ahli tidak bebas menyuarakan pandangan.
Dalam perkembangan berkaitan, BERSATU kini berdepan kemelut dalaman membabitkan Presidennya, Muhyiddin Yassin dan bekas Timbalan Presiden, Hamzah Zainudin.
Kemelut itu sebelum ini menyaksikan beberapa pemimpin parti dikenakan tindakan disiplin termasuk pemecatan dan penggantungan keahlian.
Antara yang terlibat ialah bekas Naib Presiden, Ronald Kiandee serta bekas Ketua Wanita, Mas Ermieyati Samsudin.
Berita berkaitan
July 31, 2026, 10:06 am
PH sasar sekurang-kurangnya 19 kerusi pada PRN Negeri Sembilan
July 31, 2026, 9:57 am
Aminuddin gesa calon PH bermunajat, mohon petunjuk jelang hari pengundian PRN
July 29, 2026, 11:15 am
Ramalan pilihan raya tidak bererti, pengundi penentu sebenar PRN Negeri Sembilan - Fahmi Fadzil
July 26, 2026, 4:17 pm
'Amaran Zahid tak dipeduli' – Chong Zhemin dakwa PAS sebenarnya kuasai BN-PN
July 26, 2026, 4:12 pm
Belum ada perbincangan berkaitan PRU – Zahid
July 26, 2026, 9:39 am
PRN Negeri Sembilan: Zahid tepis dakwaan Muhyiddin, yakin keserasian BN-PN kekal utuh
July 25, 2026, 8:39 pm
PRN Negeri Sembilan: RCI Tabung Haji tidak wajar jadi modal kempen
July 25, 2026, 8:36 pm
PRN Negeri Sembilan: Mohamad Hasan jangka PRU lebih awal
July 25, 2026, 3:18 pm
PRN Negeri Sembilan: Zahid yakin manifesto BN mampu pacu ekonomi negeri
July 25, 2026, 3:14 pm
