Berita Berita
Anwar ucap tahniah Anutin jadi Perdana Menteri Thailand
KUALA LUMPUR, 19 Mac - Perdana Menteri, Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah kepada Anutin Charnvirakul yang diberi mandat baharu untuk terus memimpin Thailand sebagai Perdana Menteri.
Beliau berkata, sebagai negara jiran dan rakan dalam ASEAN, hubungan Malaysia dan Thailand saling berkait rapat serta memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.
Menurutnya, beliau menantikan kerjasama lebih erat bersama Anutin dalam memperkukuh hubungan dua hala, khususnya dalam bidang perdagangan dan pelaburan, kerjasama sempadan serta kestabilan serantau.
Anwar berkata demikian menerusi kenyataan yang dimuat naik di media sosial rasmi beliau, hari ini.
Pada 7 September lalu, Anutin, 58, yang juga ketua parti Bhumjaithai, secara rasmi dilantik sebagai Perdana Menteri Thailand ke-32 selepas menerima perkenan diraja, sekali gus membuka lembaran baharu dalam kepimpinan politik negara itu.
Berita berkaitan
March 19, 2026, 11:55 pm
Remaja parah gegendang telinga pecah, patah hidung angkara ubah suai mercun bola di Seremban
March 19, 2026, 11:34 pm
Lelaki belasah, lenyek kepala isteri hamil akhirnya ditahan polis
March 19, 2026, 10:18 pm
Polis tumpas sindiket ‘mini kasino’ berselindung di sebalik syarikat sukan di Bukit Damansara
March 19, 2026, 8:15 pm
Malaysia sambut Aidilfitri pada 21 Mac 2026
March 19, 2026, 4:23 pm
KJ yakin UMNO masih ada asas kukuh untuk bangkit
March 19, 2026, 4:00 pm
'Tak larat nak hadap jem' - Perantau pilih kereta api pulang beraya
March 19, 2026, 2:17 pm
Krisis minyak global: Konflik AS-Iran cetus risiko defisit 10 juta tong sehari
March 19, 2026, 2:02 pm
