Berita Berita
Polis tumpas sindiket ‘mini kasino’ berselindung di sebalik syarikat sukan di Bukit Damansara
KUALA LUMPUR 19 Mac – Polis berjaya menumpaskan sindiket penganjuran ‘mini kasino’ yang berselindung di sebalik sebuah syarikat acara sukan menerusi serbuan di Jalan Gelenggang, Bukit Damansara, di sini, semalam.
Serbuan oleh Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur itu dilakukan kira-kira jam 3.30 petang hasil risikan selama sebulan.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Fadil Marsus berkata, empat individu ditahan termasuk seorang lelaki warga Hong Kong serta tiga warga tempatan, termasuk seorang wanita, berusia antara 27 hingga 49 tahun.
Menurutnya, siasatan awal mendapati sindiket itu terlibat dalam aktiviti mengurus, menganjur dan mempromosikan perjudian.
"Polis mengesan kumpulan berkenaan menggunakan beberapa laman web serta platform media sosial untuk mempromosikan perjudian mini kasino.
"Sindiket berkenaan menyasarkan negara di rantau Asia iaitu Taiwan, Korea, Filipina dan Thailand sebagai lokasi penganjuran," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, kumpulan itu dipercayai aktif sejak 2022, namun siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti modus operandi sebenar.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1969/63," katanya.
Berita berkaitan
March 19, 2026, 11:55 pm
Remaja parah gegendang telinga pecah, patah hidung angkara ubah suai mercun bola di Seremban
March 19, 2026, 11:34 pm
Lelaki belasah, lenyek kepala isteri hamil akhirnya ditahan polis
March 19, 2026, 8:15 pm
Malaysia sambut Aidilfitri pada 21 Mac 2026
March 19, 2026, 7:14 pm
Anwar ucap tahniah Anutin jadi Perdana Menteri Thailand
March 19, 2026, 4:23 pm
KJ yakin UMNO masih ada asas kukuh untuk bangkit
March 19, 2026, 4:00 pm
'Tak larat nak hadap jem' - Perantau pilih kereta api pulang beraya
March 19, 2026, 2:17 pm
Krisis minyak global: Konflik AS-Iran cetus risiko defisit 10 juta tong sehari
March 19, 2026, 2:02 pm
