Berita Berita
Lelaki belasah, lenyek kepala isteri hamil akhirnya ditahan polis
MELAKA 19 Mac - Polis menahan seorang lelaki yang didakwa memukul isterinya yang sedang hamil di sebuah rumah di Taman Seri Kemendor, Jasin hari ini.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, suspek berumur 22 tahun itu ditahan oleh sepasukan pegawai dan anggota polis daripada Unit D8 dan D11, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka kira-kira 11 pagi tadi.
"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian diminta untuk menyalurkannya kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
"Polis menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan," katanya dalam kenyataan di sini malam ini.
Beliau berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.
Selasa lepas, media melaporkan polis sedang memburu seorang lelaki dipercayai memukul isterinya yang sedang hamil dalam kejadian di sebuah pusat karaoke di Kota Shahbandar, di sini pada Ahad.
Berita berkaitan
March 19, 2026, 11:55 pm
Remaja parah gegendang telinga pecah, patah hidung angkara ubah suai mercun bola di Seremban
March 19, 2026, 10:18 pm
Polis tumpas sindiket ‘mini kasino’ berselindung di sebalik syarikat sukan di Bukit Damansara
March 19, 2026, 8:15 pm
Malaysia sambut Aidilfitri pada 21 Mac 2026
March 19, 2026, 7:14 pm
Anwar ucap tahniah Anutin jadi Perdana Menteri Thailand
March 19, 2026, 4:23 pm
KJ yakin UMNO masih ada asas kukuh untuk bangkit
March 19, 2026, 4:00 pm
'Tak larat nak hadap jem' - Perantau pilih kereta api pulang beraya
March 19, 2026, 2:17 pm
Krisis minyak global: Konflik AS-Iran cetus risiko defisit 10 juta tong sehari
March 19, 2026, 2:02 pm
