Berita Berita
'Tak larat nak hadap jem' - Perantau pilih kereta api pulang beraya
Oleh AZIM SAID
KUALA LUMPUR, 19 Mac – Menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri, orang ramai yang pulang ke kampung melalui Terminal Bersepadu Selatan (TBS) mula membuat pilihan pengangkutan lebih awal bagi mengelakkan kesesakan yang dijangka meningkat.
Seorang pengguna pengangkutan awam, Zainudin berkata beliau lebih memilih menggunakan perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu (KTM) berbanding bas ekspres tahun ini.
“Bagi saya, KTM lebih selesa dan tepat masa.
“Tahun lepas saya naik bas dari TBS, tetapi terpaksa berdepan kesesakan yang teruk sehingga perjalanan menjadi lebih lama daripada dijangka,” katanya ketika ditemui di TBS hari ini.
Menurutnya, pembinaan ECRL (East Coast Rail Link) yang sedang berjalan turut dilihat bakal memudahkan perjalanan rakyat ke pantai timur.
Projek ini dijangka memberikan alternatif pengangkutan rel tambahan bagi mengurangkan kesesakan di laluan utama TBS terutama ketika musim perayaan akan datang.
Fenomena ini menunjukkan perubahan trend dalam kalangan pengguna yang kini lebih cenderung memilih pengangkutan rel.
Tinjauan mendapati kawasan sekitar TBS mula dipenuhi orang ramai seawal pagi, dengan kebanyakan mereka membawa bagasi besar sebagai persiapan pulang ke kampung halaman.
Orang ramai dinasihatkan merancang perjalanan lebih awal serta memilih alternatif pengangkutan seperti tren bagi mengurangkan kesesakan.
Berita berkaitan
March 19, 2026, 4:23 pm
KJ yakin UMNO masih ada asas kukuh untuk bangkit
March 19, 2026, 2:17 pm
Krisis minyak global: Konflik AS-Iran cetus risiko defisit 10 juta tong sehari
March 19, 2026, 2:02 pm
Polis guna saluran G2G siasat laporan Bloomberg libatkan Azam Baki
March 19, 2026, 1:23 pm
Polis nafi layanan berbeza terhadap Zamri Vinoth, Arun Dorasamy
March 19, 2026, 1:06 pm
Tamim Dahri sedia pulang, letak syarat empat kuil dirobohkan
March 19, 2026, 12:54 pm
PENBUMI gesa subsidi diesel bersasar selamatkan industri pelancongan darat
March 19, 2026, 12:52 pm
Sultan Selangor seru rakyat berjimat hadapi ketidaktentuan ekonomi global
March 19, 2026, 12:47 pm
