Berita Berita
Remaja parah gegendang telinga pecah, patah hidung angkara ubah suai mercun bola di Seremban
SEREMBAN 19 Mac - Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun mengalami kecederaan parah termasuk pecah kedua-dua gegendang telinga dan patah hidung selepas bermain mercun yang diubah suai di Bandar Springhill, Lukut, Port Dickson pada 12 Mac lalu.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Alzafny Ahmad berkata, mangsa turut mengalami kecederaan pada jari, tapak tangan serta luka kecil pada bahagian muka.
"Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson hari ini menerima laporan kejadian itu pada 6.17 petang tadi, siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada 12 Mac kira-kira 11 malam.
"Mangsa bersama rakan-rakannya dipercayai menggunakan kira-kira 20 biji mercun bola dan mengubah suai bahan itu dengan menaburkan belerang ke dalam lubang tiang sebelum memasukkan satu mercun bola bagi menghasilkan letupan yang lebih kuat," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata, letupan kuat berlaku ketika mangsa cuba menyalakan pemetik api, menyebabkan kecederaan serius.
Mangsa kemudian dibawa ke hospital swasta sebelum dipindahkan ke Hospital Port Dickson untuk rawatan lanjut dan dimasukkan ke wad sejak 13 Mac 2026.
Alzafny berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.
"Kes masih dalam siasatan dan tiada tangkapan dibuat setakat ini. Polis sedang mengesan saksi-saksi yang terlibat untuk merakam percakapan," katanya.
Berita berkaitan
March 19, 2026, 11:34 pm
Lelaki belasah, lenyek kepala isteri hamil akhirnya ditahan polis
March 19, 2026, 10:18 pm
Polis tumpas sindiket ‘mini kasino’ berselindung di sebalik syarikat sukan di Bukit Damansara
March 19, 2026, 8:15 pm
Malaysia sambut Aidilfitri pada 21 Mac 2026
March 19, 2026, 7:14 pm
Anwar ucap tahniah Anutin jadi Perdana Menteri Thailand
March 19, 2026, 4:23 pm
KJ yakin UMNO masih ada asas kukuh untuk bangkit
March 19, 2026, 4:00 pm
'Tak larat nak hadap jem' - Perantau pilih kereta api pulang beraya
March 19, 2026, 2:17 pm
Krisis minyak global: Konflik AS-Iran cetus risiko defisit 10 juta tong sehari
March 19, 2026, 2:02 pm
