Berita Berita
Hari ketiga Syawal, trafik lebuh raya utama sesak, perantau mula pulang ke 'sarang'
KUALA LUMPUR 23 Mac – Aliran trafik di lebuh raya utama seluruh negara dilaporkan semakin perlahan memasuki hari ketiga Syawal susulan peningkatan pergerakan orang ramai yang pulang ke ibu kota selepas menyambut Aidilfitri di kampung halaman.
Menurut PLUS Malaysia Berhad, keadaan trafik arah utara dari Senai ke Kulai, Johor dilaporkan perlahan setakat jam 9.47 pagi.
“Trafik perlahan arah utara dari Senai ke Kulai. Pandu berhati-hati,” menurut makluman menerusi Plusline.
Sementara itu, kemalangan dilaporkan berlaku di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) di Kilometer 24 dari Jalan Duta menghala ke Bukit Lanjan yang menyebabkan lorong kecemasan terhalang.
Dalam pada itu, laluan Smart Lane diaktifkan di Kilometer 367.3 hingga Kilometer 354 arah utara dari Slim River ke Sungkai, Perak bagi membantu melancarkan aliran trafik.
Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa memandu dengan berhati-hati serta mematuhi arahan pihak berkuasa bagi memastikan perjalanan selamat.
Berita berkaitan
March 23, 2026, 11:28 pm
KKM sahkan kakitangannya merokok di restoran, kompaun dan tindakan tatatertib diambil
March 23, 2026, 5:43 pm
Lelaki maut, lima cedera nahas dua kenderaan berhampiran R&R Puncak Tititwangsa
March 23, 2026, 3:35 pm
‘Jodoh Lebaran’ mendunia, kuasai carta muzik tempatan
March 23, 2026, 3:12 pm
Siap sedia, hampir 3 juta kenderaan dijangka masuk Lembah Klang sehingga malam ini
March 23, 2026, 1:35 pm
Tujuh cedera termasuk kanak-kanak terkena mercun bola di Pendang
March 23, 2026, 12:44 pm
