TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

KKM sahkan kakitangannya merokok di restoran, kompaun dan tindakan tatatertib diambil

By
|
Kongsi
image

 

PUTRAJAYA 23 Mac – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan individu yang tular merokok di sebuah premis makanan di Rawang merupakan penjawat awam dari Pejabat Kesihatan Daerah Gombak.

Dalam kenyataan pada Isnin, KKM memaklumkan kompaun telah dikenakan terhadap individu berkenaan di bawah Seksyen 16(2) Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) kerana melakukan kesalahan merokok di kawasan larangan.

Menurut kementerian itu, tindakan tatatertib dalaman turut akan diambil selaras dengan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) bagi memastikan integriti perkhidmatan awam terus terpelihara.

Terdahulu, tular di media sosial dakwaan seorang kakitangan KKM merokok di sebuah restoran di Rawang.

KKM menegaskan premis makanan merupakan antara 28 kawasan larangan merokok yang telah diwartakan bagi melindungi kesihatan awam.

"Kementerian tidak akan berkompromi dengan mana-mana warga kerja yang melanggar undang-undang, dan akan terus melaksanakan penguatkuasaan secara tegas, adil serta konsisten,” menurut kenyataan itu.

+ - reset