Berita Berita
Tujuh cedera termasuk kanak-kanak terkena mercun bola di Pendang
PENDANG 23 Mac – Kira-kira tujuh individu termasuk kanak-kanak dipercayai mengalami kecederaan akibat terkena mercun bola dalam satu kejadian yang berlaku di sini baru-baru ini.
Insiden berkenaan tular di Facebook dan WhatsApp sejak semalam, memaparkan beberapa mangsa mengalami kecederaan pada muka dan badan selain kerosakan pada sebuah kenderaan.
Ketua Polis Daerah Pendang, Rodzi Abu Hassan berkata, kejadian dipercayai berlaku pada malam raya, namun setakat ini pihaknya belum menerima sebarang laporan polis berhubung insiden tersebut.
“Difahamkan kejadian berlaku pada malam raya dan mangsa dibawa ke Bahagian Kecemasan Hospital Pendang untuk mendapatkan rawatan. Tiada laporan daripada mana-mana pihak termasuk hospital setakat ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Menurut beliau, pihak polis telah ke hospital berkenaan bagi mendapatkan maklumat lanjut dan laporan awal akan disediakan bagi tujuan siasatan lanjut.
Berita berkaitan
March 23, 2026, 11:28 pm
KKM sahkan kakitangannya merokok di restoran, kompaun dan tindakan tatatertib diambil
March 23, 2026, 5:43 pm
Lelaki maut, lima cedera nahas dua kenderaan berhampiran R&R Puncak Tititwangsa
March 23, 2026, 3:35 pm
‘Jodoh Lebaran’ mendunia, kuasai carta muzik tempatan
March 23, 2026, 3:12 pm
Siap sedia, hampir 3 juta kenderaan dijangka masuk Lembah Klang sehingga malam ini
March 23, 2026, 1:20 pm
Hari ketiga Syawal, trafik lebuh raya utama sesak, perantau mula pulang ke 'sarang'
March 23, 2026, 12:44 pm
