TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Lelaki maut, lima cedera nahas dua kenderaan berhampiran R&R Puncak Tititwangsa

By
|
Kongsi
image

 

GERIK 23 Mac – Seorang lelaki maut manakala lima lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) berhampiran hentian rehat dan rawat (R&R) Puncak Titiwangsa menghala ke Jeli, di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 11.24 pagi.

“Berlaku kemalangan jalan raya melibatkan dua buah kenderaan, sebuah kereta jenis Perodua Ativa dan sebuah kereta jenis Kia Forte.

“Setibanya jentera di lokasi, didapati Perodua Ativa terbabas sebelum terbalik ke dalam longkang manakala Kia Forte pula terbabas ke bahu jalan,” katanya.

Menurut beliau, empat mangsa berada dalam Perodua Ativa terdiri daripada seorang lelaki dewasa yang disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, selain dua wanita dan seorang lelaki yang cedera.

Tambahnya, dua lagi mangsa dalam Kia Forte, iaitu seorang lelaki dan seorang wanita, turut mengalami kecederaan.

Sabarodzi berkata, operasi menyelamat dijalankan dengan menggunakan peralatan khas ‘rescue cutter’ bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kenderaan.

“Pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dari Hospital Gerik dan Hospital Jeli turut hadir dan mengesahkan kematian mangsa di lokasi.

“Kesemua lima mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Jeli menggunakan jentera EMRS dan ambulans KKM untuk rawatan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

+ - reset