Berita Berita
Banyakkan minum air kosong, cuaca panas melampau catat 15 kes termasuk 1 kematian babit kanak-kanak
KUALA LUMPUR 23 Mac – Orang ramai diingatkan supaya meningkatkan langkah berjaga-jaga susulan cuaca panas melampau yang melanda negara ketika ini.
Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, sehingga tahun 2026, sebanyak 15 kes berkaitan cuaca panas telah direkodkan, termasuk satu kes kematian melibatkan seorang kanak-kanak.
"Sila awasi tanda-tanda awal strok haba seperti pening berpanjangan, rasa dahaga luar biasa dan suhu badan yang semakin meningkat.
"Sekiranya ada tanda-tanda ini, amalkan langkah pencegahan dengan mencari tempat yang teduh, banyakkan minum air kosong dan sejukkan badan dengan segera," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Beliau turut mengingatkan orang ramai agar tidak meninggalkan kanak-kanak atau individu lain di dalam kenderaan tanpa pengawasan walaupun untuk tempoh singkat.
"Rujuk infografik yang dikongsikan Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai panduan langkah pencegahan.
"Pencegahan awal adalah kunci. Kekal sihat dan pastikan tubuh sentiasa terhidrat," ujarnya.
Berita berkaitan
March 23, 2026, 11:28 pm
KKM sahkan kakitangannya merokok di restoran, kompaun dan tindakan tatatertib diambil
March 23, 2026, 5:43 pm
Lelaki maut, lima cedera nahas dua kenderaan berhampiran R&R Puncak Tititwangsa
March 23, 2026, 3:35 pm
‘Jodoh Lebaran’ mendunia, kuasai carta muzik tempatan
March 23, 2026, 3:12 pm
Siap sedia, hampir 3 juta kenderaan dijangka masuk Lembah Klang sehingga malam ini
March 23, 2026, 1:35 pm
Tujuh cedera termasuk kanak-kanak terkena mercun bola di Pendang
March 23, 2026, 1:20 pm
Hari ketiga Syawal, trafik lebuh raya utama sesak, perantau mula pulang ke 'sarang'
March 23, 2026, 12:44 pm
