Berita Berita
'Mereka jauh dari keluarga, berilah beberapa hari untuk bergembira' - Zaid Ibrahim persoal Imigresen tangkap warga asing ketika Aidilfitri
KUALA LUMPUR 23 Mac – Bekas Menteri Undang-Undang, Zaid Ibrahim mengkritik tindakan Jabatan Imigresen Malaysia Selangor menjalankan operasi penguatkuasaan terhadap warga asing ketika musim Aidilfitri, dengan mempersoalkan sensitiviti waktu pelaksanaannya.
Kritikan itu dibuat susulan pelaksanaan Ops Omnipresent yang menyaksikan pegawai penguat kuasa memeriksa ratusan warga asing di lokasi tumpuan seperti terminal bas dan pusat beli-belah bagi mengesahkan status pemastautin serta dokumen perjalanan.
Zaid mempersoalkan tindakan menahan warga asing di hab pengangkutan dan pasar menjelang Aidilfitri, sedangkan mereka hanya ingin menyambut perayaan bersama rakan.
Katanya, kehadiran ramai pekerja asing tanpa dokumen sah di negara ini mencerminkan kelemahan sistem sedia ada dan mencadangkan pendekatan lebih berperikemanusiaan diambil, termasuk menangguhkan operasi buat sementara waktu.
"Pekerja ini terpisah daripada keluarga dan lazimnya mereka hanya ada rakan untuk menyambut perayaan. Jadi, tindakan penguatkuasaan pada waktu perayaan seperti Aidilfitri ini adalah sesuatu yang agak keras.
"Tidak bolehkah tunggu, tidak bolehkah pegawai penguat kuasa ini memberikan mereka beberapa hari untuk bergembira, tidak bolehkah kita berikan sedikit ruang itu.
"Mengapa pegawai imigresen pergi ke merata tempat menangkap warga asing tanpa dokumen ketika Hari Raya? Mereka dengan bangganya memaklumkan sudah menahan lebih 200 orang di stesen bas, terminal kereta api dan pusat beli-belah.
"Ramai warga asing berada di negara ini kerana sistem yang korup, namun pihak berkuasa mula menggempur mereka pada malam menjelang Aidilfitri," katanya dalam catatan di Facebook hari ini.
Sementara itu, Pengarah Imigresen Selangor, Khairrul Aminus Kamaruddin mengesahkan Ops Omnipresent yang dijalankan di beberapa lokasi di daerah Petaling hari ini melibatkan pemeriksaan terhadap 137 individu tanpa sebarang tangkapan dibuat.
Menurutnya, operasi diketuai Timbalan Penolong Pengarah Imigresen, Gurpal Singh Manjit Singh dengan menyasarkan kawasan berkepadatan tinggi termasuk Pasar Moden Taman Sri Muda, Dataran Otomobil dan Terminal 17 di Shah Alam.
Walaupun menerima kritikan, pihak imigresen menegaskan operasi penguatkuasaan berprofil tinggi itu penting bagi mengesan pendatang tanpa dokumen serta memastikan keselamatan di kawasan berpenduduk padat di seluruh negeri.
Berita berkaitan
March 23, 2026, 11:28 pm
KKM sahkan kakitangannya merokok di restoran, kompaun dan tindakan tatatertib diambil
March 23, 2026, 5:43 pm
Lelaki maut, lima cedera nahas dua kenderaan berhampiran R&R Puncak Tititwangsa
March 23, 2026, 3:35 pm
‘Jodoh Lebaran’ mendunia, kuasai carta muzik tempatan
March 23, 2026, 3:12 pm
Siap sedia, hampir 3 juta kenderaan dijangka masuk Lembah Klang sehingga malam ini
March 23, 2026, 1:35 pm
Tujuh cedera termasuk kanak-kanak terkena mercun bola di Pendang
March 23, 2026, 1:20 pm
Hari ketiga Syawal, trafik lebuh raya utama sesak, perantau mula pulang ke 'sarang'
March 23, 2026, 12:44 pm
