Berita Berita
‘Jodoh Lebaran’ mendunia, kuasai carta muzik tempatan
KUALA LUMPUR 23 Mac – Lagu raya Jodoh Lebaran nyanyian Aisha Retno mencipta fenomena tersendiri apabila mendominasi carta muzik tempatan di pelbagai platform penstriman utama termasuk Spotify, Apple Music dan iTunes.
Menerusi carta harian Top 50 Malaysia di Spotify, lagu berkenaan melonjak ke tangga pertama, manakala satu lagi lagunya, Ketipak Ketipung Raya berada di kedudukan keenam.
Dalam kelompok 10 teratas, kebanyakan lagu didominasi karya raya tempatan seperti Suasana Di Hari Raya nyanyian Anuar Zain dan Ellina, Seloka Hari Raya oleh Uji Rashid dan Hail Amir, Sesuci Lebaran (Siti Nurhaliza) serta Kasih Lebaran oleh Sufian Suhaimi.
Turut melengkapkan senarai termasuk lagu malar segar seperti Senandung Hari Raya Untukmu (Dayangku Intan), Satu Hari Di Hari Raya (M. Nasir) dan Pejam Celik Hari Raya (Iman Troye).
Di Apple Music pula, Jodoh Lebaran menduduki tangga pertama sekali gus menewaskan lagu pop Barat Risk It Allnyanyian Bruno Mars.
Selain itu, Ketipak Ketipung Raya yang merupakan duet bersama Aziz Harun turut berada di kedudukan ketiga carta Top Songs Apple Music.
Aisha atau nama sebenarnya Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam berkata, beliau tidak menyangka lagu tersebut mendapat sambutan luar biasa.
“Tak sangka lagu Jodoh Lebaran menjadi siulan ramai. Tak sangka juga tengok ramai buat cabaran menari di TikTok dan sebagainya.
“Lagu lama Ketipak Ketipung Raya pun sekarang tengah naik di Indonesia. Antara Syawal yang termanis buat saya sepanjang bergelar seorang penyanyi dan komposer,” katanya.
Sejak dilancarkan dua minggu lalu, Jodoh Lebaran telah meraih lebih tujuh juta tontonan di YouTube, sekali gus menduduki tangga pertama carta harian YouTube Malaysia.
Lagu tersebut turut menjadi tular di media sosial seperti Instagram dan TikTok.
Berita berkaitan
March 23, 2026, 11:28 pm
KKM sahkan kakitangannya merokok di restoran, kompaun dan tindakan tatatertib diambil
March 23, 2026, 5:43 pm
Lelaki maut, lima cedera nahas dua kenderaan berhampiran R&R Puncak Tititwangsa
March 23, 2026, 3:12 pm
Siap sedia, hampir 3 juta kenderaan dijangka masuk Lembah Klang sehingga malam ini
March 23, 2026, 1:35 pm
Tujuh cedera termasuk kanak-kanak terkena mercun bola di Pendang
March 23, 2026, 1:20 pm
Hari ketiga Syawal, trafik lebuh raya utama sesak, perantau mula pulang ke 'sarang'
March 23, 2026, 12:44 pm
