TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Budak 9 tahun parah jatuh dari tingkat dua, Johor salur RM3 juta ganti semua penghadang jeriji PPR Desa Mutiara

By
|
Kongsi
image

 

JOHOR BAHRU 24 Mac – Kerajaan negeri mengambil tindakan segera menukar penghadang jeriji di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Mutiara susulan insiden seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun yang dilaporkan kritikal selepas terjatuh dari tingkat dua.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Mohd Jafni Md Shukor berkata, inisiatif itu melibatkan kira-kira 2,000 penghadang jeriji dengan kos sehingga RM3 juta.

“PPR Desa Mutiara merupakan antara PPR tertua di Johor, ia siap dibina sejak 19 tahun lalu. Sehubungan itu tidak dinafikan beberapa infrastrukturnya sudah berusia, selain turut rosak disebabkan vandalisme.

“Susulan itu, kerajaan negeri melalui Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor telah mengeluarkan peruntukan khas bagi menggantikan bukan sahaja jeriji penghadang, tetapi juga pemegang besi tangga,” katanya selepas melawat lokasi kejadian di Taman Desa Mutiara, hari ini.

Tambah beliau, pihaknya turut akan menjalankan penilaian keselamatan terhadap kira-kira 15,000 unit kediaman PPR dan Rumah Sewa Kerajaan (RSK) di seluruh negeri, khususnya yang berusia lebih 15 tahun.

Sementara itu, kanak-kanak berusia sembilan tahun berkenaan masih menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah akibat pendarahan dalam kepala.

“Difahamkan kanak-kanak tersebut sudah semakin stabil selepas dibawa mendapatkan rawatan hospital,” katanya.

+ - reset