TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Wanita bawa anjing ke klinik kesihatan undang kecaman netizen

By
|
Kongsi
image

 

KUALA LUMPUR 24 Mac – Tindakan seorang wanita yang didakwa membawa seekor anjing ke dalam pekarangan sebuah klinik kesihatan di Kulim, Kedah mencetuskan perhatian dan perdebatan dalam kalangan netizen.

Menerusi perkongsian di platform X, satu klip video dan beberapa foto memaparkan wanita berkenaan bersama haiwan peliharaannya dipercayai di kawasan klinik yang dikatakan zon larangan.

“Kisah pagi tadi seorang wanita bawa masuk seekor anjing dalam perkarangan klinik kesihatan yang mana ia adalah kawasan larangan,” menurut kapsyen hantaran tersebut.

Susulan kejadian itu, orang ramai meminta pihak berkaitan agar lebih peka dan mengambil tindakan sewajarnya bagi mengelakkan insiden sama berulang pada masa akan datang.

+ - reset