TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Didakwa pijak al-Quran, penuntut UMPSA dibuang universiti

By
|
Kongsi
image

KUANTAN 24 Mac – Proses tatatertib terhadap seorang penuntut Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) yang menyentuh isu agama, kaum dan institusi diraja (3R) telah selesai baru-baru ini.

Naib Canselor UMPSA, Prof Dr Yatimah Alias, berkata Jawatankuasa Tatatertib Pelajar UMPSA telah bersidang pada 9 Mac lalu.

“Berdasarkan keputusan tatatertib, penuntut berkenaan didapati bersalah dan dikenakan hukuman dibuang daripada universiti mengikut Kaedah 58 Kaedah-kaedah Universiti dan Kolej Universiti (UMPSA) (Tatatertib Pelajar) 2024,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menekankan bahawa keputusan itu diharapkan menjadi pengajaran kepada semua warga universiti, sama ada pelajar atau staf, supaya lebih berhati-hati dalam setiap tindakan agar tidak mencemar nama baik institusi.

“UMPSA bertegas tidak akan berkompromi dengan penyebaran kandungan yang menghasut kebencian berkaitan 3R sehingga mencetuskan ketegangan kaum dan menggugat keharmonian awam di negara ini,” tambahnya.

Sebelum ini, pada 3 Mac, penuntut terbabit didakwa di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan mencemarkan al-Quran dan melakukan hantaran komunikasi jelik melampau di media sosial. Bagaimanapun, S Vikneswaran, 21, mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan tersebut.

+ - reset