Berita Berita
Empat anak Daim hadir beri keterangan di SPRM 6 April
KUALA LUMPUR 24 Mac - Empat anak kepada Daim Zainuddin dijadual hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 6 April depan.
Mereka ialah Asnida, Md Wira Dani, Muhammed Amir Zainuddin serta Muhammed Amin Zainuddin.
Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin berkata, setakat ini pihak peguam memberikan jaminan bahawa kesemua individu terbabit akan hadir ke pejabat SPRM bagi tujuan memberi keterangan.
“Sehubungan itu, SPRM mengambil maklum jaminan tersebut dan mengharapkan komitmen ini dipatuhi sepenuhnya oleh semua pihak terlibat.
“SPRM memberi ruang kepada semua pihak untuk hadir dan sekiranya mana-mana individu gagal hadir seperti yang dijanjikan, tindakan lanjut akan dipertimbangkan selaras dengan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa,” katanya pada Selasa.
Pada 27 Februari lalu, SPRM memaklumkan telah mengeluarkan Notis Kesan Individu terhadap keempat-empat anak Daim susulan kegagalan memberi maklum balas serta tidak mematuhi dua notis rasmi yang diserahkan sebelum ini.
Siasatan Op Godfather dijalankan mengikut Seksyen 23 dan Seksyen 36 Akta SPRM 2009 serta Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.
SPRM menjelaskan Notis Kesan Individu yang dikeluarkan bukan satu bentuk hukuman atau senarai dikehendaki, sebaliknya merupakan mekanisme prosedural bagi mengesan dan memastikan kehadiran individu untuk membantu siasatan.
Berita berkaitan
March 24, 2026, 11:08 pm
Budak perempuan tiga tahun ditemui maut dalam kolam air buangan di Teluk Intan
March 24, 2026, 6:58 pm
Trafik perlahan 27 km di LPT menghala KL
March 24, 2026, 6:44 pm
Didakwa pijak al-Quran, penuntut UMPSA dibuang universiti
March 24, 2026, 5:59 pm
Penunggang motosikal baling mercun diburu polis
March 24, 2026, 5:48 pm
Bekalan bahan api negara mencukupi, orang ramai diminta elak pembelian panik
March 24, 2026, 5:44 pm
Wanita bawa anjing ke klinik kesihatan undang kecaman netizen
March 24, 2026, 5:36 pm
Umat Islam diseru laksana solat istisqa’ susulan cuaca panas
March 24, 2026, 5:30 pm
