Berita Berita
Budak perempuan tiga tahun ditemui maut dalam kolam air buangan di Teluk Intan
TELUK INTAN 24 Mac – Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun ditemukan maut selepas dipercayai terjatuh ke dalam kolam air buangan berhampiran kediaman keluarganya di Simpang Empat, Permatang Pelandok, di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Chua Kok Lian berkata, laporan berkaitan kejadian itu diterima pada pukul 9.24 malam.
Katanya, siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada hari sama sekitar pukul 7 malam selepas mangsa ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam kolam berkenaan.
“Mangsa kemudiannya segera dibawa ke Hospital Teluk Intan untuk rawatan kecemasan, namun disahkan telah meninggal dunia oleh pegawai perubatan,” katanya di sini hari ini.
Menurut beliau, pemeriksaan di lokasi mendapati kolam dengan kedalaman kira-kira 1.2 meter itu tidak dilengkapi sebarang ciri keselamatan seperti penghadang dan penutup.
Katanya, ketika kejadian, ahli keluarga mangsa sedang mengemas rumah selepas satu majlis diadakan sebelum menyedari kehilangan kanak-kanak tersebut.
“Setakat ini, tiada unsur jenayah dikenal pasti dalam kes tersebut. Bagaimanapun, siasatan lanjut masih diteruskan termasuk menunggu laporan bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian,” katanya.
Berita berkaitan
March 24, 2026, 6:58 pm
Trafik perlahan 27 km di LPT menghala KL
March 24, 2026, 6:44 pm
Didakwa pijak al-Quran, penuntut UMPSA dibuang universiti
March 24, 2026, 5:59 pm
Penunggang motosikal baling mercun diburu polis
March 24, 2026, 5:48 pm
Bekalan bahan api negara mencukupi, orang ramai diminta elak pembelian panik
March 24, 2026, 5:44 pm
Wanita bawa anjing ke klinik kesihatan undang kecaman netizen
March 24, 2026, 5:43 pm
Empat anak Daim hadir beri keterangan di SPRM 6 April
March 24, 2026, 5:36 pm
Umat Islam diseru laksana solat istisqa’ susulan cuaca panas
March 24, 2026, 5:30 pm
