TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Umat Islam diseru laksana solat istisqa’ susulan cuaca panas

By
|
Kongsi
image

PUTRAJAYA, 24 Mac - Zulkifli Hasan menyeru umat Islam melaksanakan solat sunat istisqa’ bagi memohon rahmat hujan susulan cuaca panas dan kering ketika ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) itu berkata, usaha berkenaan wajar dilaksanakan secara berterusan sebagai tanda keinsafan serta kebergantungan kepada ALLAH SWT.

“Semoga segala doa dan munajat yang dipanjatkan diterima serta dimakbulkan oleh ALLAH SWT serta dikurniakan hujan yang membawa keberkatan kepada seluruh alam,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Pada Isnin, Dzulkefly Ahmad berkata sebanyak 15 kes berkaitan cuaca panas dilaporkan setakat ini tahun ini, termasuk tiga kes strok haba dan satu kematian membabitkan seorang kanak-kanak yang tertinggal dalam kenderaan.

Beliau berkata, dalam keadaan cuaca panas melampau, orang ramai perlu lebih peka termasuk mengawasi tanda awal strok haba seperti pening berpanjangan, rasa dahaga luar biasa serta peningkatan suhu badan.

+ - reset