TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Rakyat Malaysia di Qatar dinasihatkan terus waspada

By
|
Kongsi
image

Oleh AZRUL RADI

DOHA 30 Mac - Kedutaan Besar Malaysia di Doha menasihatkan semua rakyat Malaysia di Qatar supaya terus berwaspada dan peka dengan perkembangan sekeliling meskipun keadaan semasa dilaporkan tenang serta terkawal.

Pihak kedutaan dalam satu notis memaklumkan bahawa kebanyakan aktiviti harian di negara tersebut kini telah mula berjalan seperti biasa.

Sehubungan dengan pembukaan semula sesi persekolahan, warga Malaysia disarankan agar sentiasa mematuhi arahan serta garis panduan keselamatan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa Qatar.

"Pematuhan ini adalah penting bagi memastikan keselamatan pelajar serta persekitaran pembelajaran yang selamat untuk semua," menurut kenyataan itu.

Mengenai status perjalanan udara, pihak kedutaan menjelaskan bahawa penerbangan komersil di Qatar masih tertakluk kepada beberapa perubahan jadual.

Rakyat Malaysia diminta untuk menyemak jadual penerbangan terkini bagi merancang perjalanan mereka dengan lebih teratur.

Selain itu, orang ramai diingatkan supaya tidak merakam atau menyebarkan sebarang maklumat berkaitan insiden keselamatan kerana ia merupakan satu kesalahan di bawah undang-undang Qatar.

Bagi mereka yang memerlukan bantuan atau mempunyai maklumat mengenai rakyat Malaysia yang terkesan, mereka boleh menghubungi pihak kedutaan di talian +974 3374 6733 atau +974 4483 6463.

Selain itu, komunikasi juga boleh dilakukan melalui e-mel mwdoha@kln.gov.my atau menghubungi Bilik Gerakan Wisma Putra di Putrajaya pada talian +603 8887 4570.

Pihak kedutaan akan terus memantau keadaan semasa dan menyalurkan maklumat terkini dari semasa ke semasa kepada semua rakyat Malaysia yang berada di sana.

+ - reset