TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Isu penempatan kuil tidak sah: UKM tunggu maklum balas kerajaan negeri

By
|
Kongsi
image

BANGI 30 Mac - Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah mengambil langkah sewajarnya bagi menangani isu tular berkaitan pembinaan sebuah kuil di dalam kawasan universiti berkenaan.

Pihak pengurusan UKM memaklumkan bahawa satu sesi perbincangan telah diadakan bersama kerajaan negeri Selangor bagi mencari penyelesaian terhadap isu penempatan kuil tidak sah tersebut.

Hasil perbincangan itu memutuskan agar perkara berkenaan dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Khas Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao (LIMAS) Negeri Selangor.

“Pihak UKM perlu menunggu maklum balas serta tindakan lanjut daripada kerajaan negeri sebelum sebarang langkah seterusnya dilaksanakan,” menurut kenyataan rasmi universiti itu hari ini.

Segala tindakan yang bakal diambil perlu melalui prosedur yang ditetapkan bagi memastikan penyelesaian yang menyeluruh tanpa menyinggung mana-mana pihak.

Pihak universiti berharap agar isu sensitif itu dapat diselesaikan secara tuntas melalui pendekatan yang berhati-hati serta berperingkat.

UKM turut menegaskan bahawa pihaknya tidak akan mengambil sebarang tindakan yang bersifat agresif atau tergesa-gesa dalam menangani situasi tersebut.

Pemantauan rapi akan terus dijalankan oleh pihak universiti sementara menunggu keputusan rasmi daripada pihak berkuasa yang berkaitan.

Orang ramai diseru agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kekeliruan atau ketegangan dalam kalangan komuniti.

Pihak UKM turut menghargai keprihatinan yang ditunjukkan oleh masyarakat terhadap isu yang sedang didepani oleh institusi berkenaan ketika ini.

+ - reset