Berita Berita
Lebih 10,000 akaun palsu guna identiti YDPA, Raja Permaisuri dipadam
KUALA LUMPUR 31 Mac - Sebanyak lebih 10,000 akaun palsu yang menyalahgunakan identiti Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri Agong serta ahli keluarga diraja telah diturunkan sejak awal tahun ini.
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, tindakan tegas itu dilakukan oleh platform media sosial hasil pemantauan berterusan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) antara 1 Januari hingga 28 Mac lalu.
Beliau menjelaskan bahawa trend penyalahgunaan identiti melibatkan Sultan Pahang, Tengku Mahkota Pahang dan Pemangku Sultan Johor juga dikesan berlaku hampir setiap hari.
"Semalam, saya telah menyembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong mengenai beberapa perkara yang membimbangkan. MCMC mendapati lebih 10,000 akaun palsu yang menyamar sebagai Seri Paduka Baginda dan ahli keluarga diraja telah dipadamkan," katanya.
Beliau berkata demikian selepas melancarkan Simposium Penyiaran Digital Kesatuan Penyiaran Asia-Pasifik (ABU) 2026 (DBS 2026) di sini, hari ini.
Susulan itu, Sultan Ibrahim telah menitahkan Kementerian Komunikasi dan MCMC untuk mengambil tindakan segera dan tegas, termasuk di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian (Onsa) 2025 bagi memastikan platform media sosial mematuhi undang-undang negara.
Fahmi turut melahirkan rasa kesal terhadap penyedia platform Meta yang disifatkan sangat lambat dan tidak serius dalam menangani isu tersebut, sehingga mencetuskan kekecewaan pihak kementerian.
"Kami akan menguatkuasakan Onsa dengan tegas. Dijangkakan dalam tempoh beberapa minggu lagi, selepas beberapa instrumen subsidiari digazetkan oleh Jabatan Peguam Negara, penguatkuasaan penuh dapat dimulakan," tegasnya.
Langkah ini dianggap kritikal bagi mengelakkan identiti diraja dieksploitasi oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk tujuan penipuan dan pelbagai aktiviti skam.
Selain itu, satu mesyuarat bersama Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) akan diadakan dalam masa terdekat bagi memperkukuh usaha menangani penipuan melibatkan teknologi Kecerdasan Buatan (AI), termasuk penipuan 'deepfake'.
Berita berkaitan
March 31, 2026, 10:41 pm
Yayasan Kubra menang di mahkamah, perintah siasatan kuil di Rawang dibatalkan
March 31, 2026, 8:49 pm
Isu pemandu mabuk perlu pencegahan berkesan, bukan hukuman mati – Kasthuri
March 31, 2026, 8:33 pm
Berang ditegur 'bawa motor macam nak jatuh', lelaki amuk guna topi keledar di Jasin
March 31, 2026, 8:26 pm
Berang mangsa 'buat pekak', kumpulan bersenjata serang lelaki di kedai makan Kapar
March 31, 2026, 8:17 pm
Indonesia kekal harga petrol bagi April, beri jaminan bekalan cukup
March 31, 2026, 7:58 pm
MCMC beri amaran keras, organisasi media dilarang siar kandungan tragis demi 'view'
March 31, 2026, 7:40 pm
Bantuan Budi Diesel kekal RM300 bulan April, mula dibayar 8 April ini
March 31, 2026, 7:28 pm
Iran bagi 'laluan percuma', kapal Malaysia tak payah bayar tol di Selat Hormuz
March 31, 2026, 4:51 pm
