Berita Berita
Zizi Kirana, Yusuf Bahrin sah bercerai talak satu secara baik
SHAH ALAM 2 April – Pasangan selebriti, Zizi Kirana dan Yusuf Bahrin, sah bercerai talak satu secara rajie di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, hari ini.
Perceraian pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 19 September 2021 itu berlangsung dalam suasana baik di hadapan Hakim Syarie, Mohd Saifullah Hamzah, sekali gus menamatkan spekulasi berhubung status hubungan mereka sebelum ini.
Peguam syarie mewakili plaintif, Noorhaiza Mariena Mat Ramli, berkata prosiding tersebut dibuat di bawah Seksyen 47 dengan persetujuan bersama kedua-dua pihak.
Menurutnya, lafaz cerai telah direkodkan oleh Yusuf terhadap Zizi di hadapan mahkamah, sekali gus menyempurnakan perceraian secara rasmi.
“Prosiding hari ini berjalan dengan baik dan kedua-dua pihak bersetuju untuk menamatkan perkahwinan secara harmoni,” katanya kepada pemberita selepas prosiding.
Zizi atau nama sebenar Nur Fazelah Mad Tahil, 41, bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perceraian itu.
“Alhamdulillah, semuanya yang baik-baik, insya-Allah... Terima kasih semua,” katanya ringkas.
Sementara itu, Yusuf atau Muhammad Yusuf Bahrin, 34, yang dilihat menahan sebak, turut memohon doa yang baik daripada semua pihak.
Sebelum ini, hubungan pasangan berkenaan menjadi tanda tanya apabila mereka dilihat menyambut Hari Raya Aidilfitri secara berasingan. Perkongsian di media sosial masing-masing tanpa kehadiran pasangan mencetuskan spekulasi dalam kalangan peminat.
Situasi itu turut diperkuatkan apabila kedua-duanya didakwa tidak lagi saling mengikuti akaun media sosial masing-masing.
Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga selepas berkenalan ketika rakaman program hiburan All Together Now Malaysia.
Berita berkaitan
April 2, 2026, 12:31 pm
Azam Baki enggan ulas isu lanjutan kontrak Ketua Pesuruhjaya SPRM
April 2, 2026, 12:19 pm
Anthony Loke ziarah balu mangsa rempuhan pemandu mabuk, sampaikan sumbangan peribadi
April 2, 2026, 12:03 pm
Hukum rimba ganti kedaulatan undang-undang global, PM bidas sikap hipokrit kuasa besar
April 2, 2026, 11:47 am
Kifarah Langkah Kajang: Faekah Husin persoal kredibiliti Rafizi dan kepimpinan Anwar
April 2, 2026, 11:38 am
Mekanik maut rempuh van polis sedang membelok masuk stesen minyak
April 2, 2026, 11:26 am
Sin Sing Coffee nafi guna berus tidak halal, tegaskan status sijil masih sah
April 2, 2026, 11:26 am
